Kejam! Nampaknya wujud lagi tanggang moden di dunia bukan? Sampainya hati berbuat sedemikian terhadap ayah kandung sendiri. Tepuk dahi MH membaca kisah yang dialami seorang ayah ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Daut @ Kassim Jali, 84 sebelum ini berstatus jutawan kerana memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta.

Namun, sebagai seorang bapa, Daut telah mengagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan. Malangnya, lain pula jadinya. Kesemua anaknya lupa daratan!

Kesemua anaknya mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah.

Sudahlah Dimaki, Malah Aset RM4Juta Turut Lesap Dikebas Anak Sendiri!

Ads

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.

 

 

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya.

Malah, kesemua anaknya sudah dua tahun tidak datang menjenguknya, bahkan sewaktu dia mengerjakan umrah pun mereka tidak datang berjumpa.

Lebih menyedihkan, sewaktu dia kehabisan minyak, dia ke stesen minyak yang diusahakan anaknya tetapi tidak diendahkan. Malah, anaknya tidak membenarnya untuk mengisi minyak.

Ads

Lebih dua jam dia menunggu dan dimaki pula. Sedangkan itu adalah stesen minyak yang diusahakannya dulu.

Sudahlah Dimaki, Malah Aset RM4Juta Turut Lesap Dikebas Anak Sendiri!

Ads

Daut menahan sebak ketika datang mengadu di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.

Sementara itu, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.

“Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

 

 

“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

 

 

“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Bagi MH tidak sepatutnya seorang anak berbuat sedemikian terhadap seorang bapa yang banyak berjasa membesarkan kita selama ini. Lebih-lebih lagi anak yang berjaya hasil usaha ayah sendiri, apa salahnya memberi sumbangan kepada mereka.

Sumber : Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI