“Sudi Tak Terima Saya Seadanya?,” – Muat Naik Foto Pakai Kain Batik & Latar Belakang Rumah Kampung, Lelaki Tetap Offer Diri Pada Aina Suzaily!

Share

Awal malam tadi, pengacara dan personaliti televisyen, Aina Suzaily Mohd Zailanny ada memuat naik foto terbaru dirinya di sebuah perkampungan di Narathiwat, Thailand.

Menerusi ruangan kapsyen, Aina yang sinonim dengan program berbentuk sukan bola sepak itu ada menulis status berbaur humor buat para pengikutnya.

“Welcome to my hometown Narathiwat, Thailand. Sudi tak terima saya seadanya,” tulis Aina ringkas menerusi fotonya yang hanya tampil sederhana mengenakan kain batik, lengkap dengan baju-T.

Malah, latar belakang foto dari bintang berusia 28 tahun ini juga adalah sebuah rumah desa.

Bagaimanapun pertanyaaan Aina ibaratnya mendapat ‘sambutan’ dari para pengikutnya di kalangan lelaki apabila mereka menjawab pertanyaan Aina dengan hati terbuka, sudi terima seadanya.

Malah, komen-komen mereka begitu mencuit hati.

Foto: Instagram Aina Suzaily

Published by
Rafiq Mazlan