“Sudikah Awak Menjadi Isteri Saya?,” – Kamal Adli Berlutut Lamar Uqasha Senrose ‘Live’ Di AME2020

Share

Pelakon Kamal Adli, 34, membuat kejutan di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) dengan melamar kekasihnya, pelakon Uqasha Senrose, pada Ahad.

Kamal melafazkan dua kali lamaran dengan menyampaikan sebentuk cincin berlian tajaan Habib Jewels dengan berlutut di hadapan aktres tersebut sambil bersaksikan penonton menerusi siaran langsung acara anugerah tahunan itu yang disiarkan di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Sejurus menyampaikan tiga anugerah yang dipertandingkan, Kamal bertanyakan sama ada bintang wanita tersebut sudi menjadi permaisuri hatinya.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?,” tanya Kamal.

“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha yang nyata terkejut dengan lamaran yang dibuat pasangannya menerusi drama episod, Perempuan Tanpa Dosa itu.

Kamal kemudiannya, mengulang semula soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab ‘yes’ sambil disambut sorakan penonton.

Tersahulu, hubungan baik pasangan selebriti ini mulai menjadi perhatian, lebih-lebih selepas digandingkan bersama dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.

Malah beberapa bulan terdahulu, pengarah Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja ada bertanya sama ada keduanya telah pun mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika penggambaran drama berkenaan.

Published by
MH