
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan usahawan, Sufi Rashid apabila isterinya, Nurulain Md Yusof selamat bersalin cahaya mata sulung mereka, semalam, di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan.
Memanjatkan rasa syukur, Sufi atau nama sebenarnya, Muhammad Sufi Rashid, 33, akui teruja dengan kehadiran permata hati pertama dalam keluarga seberat 3.6 kilogram kira-kira jam 5.00 petang.
Apa yang istimewanya, cahaya mata pertama mereka disambut oleh Sufi dan Nurulain yang bersalin turut terharu apabila anak sulung disambut bapanya sendiri.
Untuk rekod, Sufi dan Nurulain mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Maaf Anakku, Ayah Tak Dapat Balik Saat Kamu Dilahirkan,”- Syaiful Zero Dapat Rezeki Anak Perempuan, Tahniah!

Pelawak kumpulan Zero, Syaiful telah mendapat berita gembira dari isterinya, Ashura Rudy yang kini berada di kampung halaman Sabah.
Berita gembira itu dikongsikan Syaiful selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang sihat dan comel.
Bagaimanapun,Syaiful terkilan kerana dia tidak dapat menyambut anaknya itu kerana proses kelahiran diadakan di Sabah, manakala Syaiful berada di Shah Alam.
“Ya Allah syukur Alhamdulillah dgn cahaya mata yg engkau berikan ini kpd kami..Alhamdulillah dpt anak kedua lagi kali ni baby girl sepasang da..Ayah mintak maaf sngt anakku. Ayah x dpt balik time kamu dilahirkan,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Official_Syaiful (@syaiful_zero) on
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan pujian kepada bayi comel dan ucapan tahniah buat Syaiful dan isteri.
Setakat ini,Syaiful dan isteri masih belum mendedahkan nama anaknya itu.
Untuk rekod,Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Doli Sharif berkahwin dengan Ashura pada 24 Julai 2015 dan dikurniakan Mohamad Sharif,2 tahun.
Foto : IG Syaiful Zero
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa Mertua Achey Telah Pergi Dijemput Illahi, Al-Fatihah…

Bapa mertua kepada pelawak dan penyanyi, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah telah pergi dijemput Illahi kira-kira jam 11.20 malam tadi.
Bintang tersebut berkongsi mengenai berita sedih itu menerusi Instagram.
View this post on InstagramInnalillahiwainnailaihirojiun… #ayah #bapamertua
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
“Assalamulaikum, bapa mertua saya iaitu ayah kepada @anne_achey telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 11.20 malam tadi,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut berduka cita atas kehilangan bapa mertuanya dan turut sedekahkan al-Fatihah.
Achey turut berkongsi beberapa video menerusi Insta Stories.
Salam takziah buat Achey seisi keluarga dan moga roh bapa mertua Achey ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Achey dan isterinya, Nor Hasanah mendirikan rumah tangga lebih lapan tahun lalu.
Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat bernama Tiara Zinnirah.
Foto: Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Nak Jual Sambal Atau Spender Ke, Jangan Buat Marketing Sebut Nama Anak,” – Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini mempersoalkan tindakan bekas suami, Aidil Zafuan yang didakwa telah menyebut nama anak-anak ketika satu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ritta memaklumkan dia bertambah bengang apabila hal ini turut dicampuri oleh netizen yang tidak tahu kisah sebenar.
“Geram tetap geram. Janganlah kacau orang… tolonglah. Semua orang tahu, kalau saya buat sesi siarang langsung, saya tak pernah nak jentik orang.
“Komen-komen negatif itu biasa tapi saya tidak akan baca. Orang di sana itu ada buat sesi live dan sebut fasal kami. Saya tahu pun sebab ada yang sampaikan.
“Pada saya, lantak dialah. Namun, bila ada pihak yang komen di Instagram saya kata ‘Kesiannya orang itu. Dia rindu sampai sebut nama.’
“Kenapa sekarang baru nak sebut nama? Kami jadi naik hantu. Kalau fasal anak, saya memang sensitif. Apa yang kami lalui, hanya Tuhan sahaja yang tahu,” katanya seperti yang dipetik.
Susulan itu, Rita menggesa bekas suaminya untuk berhenti menggunakan anak-anak demi kepentingan peribadi.
“Satu pesanan saya pada orang yang buat live itu dan tetiba-tiba nak sebut nama macam paling teraniaya. Bila perkara ini viral dan orang kata saya meroyan dan tak move on, siapa yang mulakan dulu?
“Kau nak jual sambal atau spender ke, tak payahlah nak buat marketing sampai sebut nama supaya orang nampak kesian. Selama ni tak sebut pun. Ini tiba-tiba rindu pula,” ujarnya lagi
Ditanya sama ada bekas suami pernah mengambil tahu perihal anak-anak, Rita memaklum hal tersebut tidak pernah berlaku sejak mereka kecil.
“Haram… Masa anak patah tangan, tak ada pun tanya. Padahal satu Malaysia tahu. Orang luar memang tak tahu dan salahkan kami sahaja. Kata saya tak bagi jumpa anak-anak.
“Hal ini sudah dipersetujui di mahkamah dahulu. Nak datang, datang sahajalah. Bila anak sudah besar panjang dan cerdik, tiba-tiba nak rindu. Itu yang saya marah.
“Kenapa sekarang? Kenapa tidak sewaktu saya susah dan anak masih kecil,” soalnya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Mami Jarum Junior ini turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh perkara sensitif melibatkan keluarganya
“Netizen-netizen baharu ini, mungkin mereka tak tahu kisah dahulu. Tolong jaga sensitiviti saya dan anak-anak. Ada kalanya, depan anak mereka kata muka sama macam bapa.
“Kemudian, tanya lagi ‘mesti pandai main bola macam bapa’. Tolonglah, kalau nak tanya, jangan dekat anak-anak tapi pada saya. Anda tak tahu apa perasaan anak-anak saya.
“Mereka tiada memori langsung. Kami gembira sahaja. Tak perlu konon-konon tahu perasaan anak-anak. Doakan sahaja yang baik-baik. Tak perlu melaga-lagakan orang.
“Saya yang jaga sampai berpeluh ketiak dari kecil, tiada pula nak kesian. Yang di sana bermodalkan air liur dan sebut nama, anda kata kesian,” akhirinya.
Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada
2013.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan, 15 dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini & Tik Tok Melodi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI