Penyanyi dan usahawan, Sufi Rashid meluahkan rasa syukur apabila bakal menimang cahaya mata sulungnya iaitu bayi perempuan.

Isterinya, Nurulain Md Yusof dijangka bersalin permata hati mereka pada November depan.

Sufi berkata dia dan isteri tidak sabar menantikan ahli baharu di dalam keluarga selepas lima tahun mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.

“Alhamdulillah dengan rezeki Allah ini dan hadir ketika kami sudah betul bersedia terutamanya dari faktor kewangan dan ekonomi.

“Lebih istimewa ini adalah ‘bayi dari London’ ketika kami bercuti di Eropah dan saat itu saya beritahu Ain saya sudah bersedia,” katanya pada Majlis Gender Reveal Party #BabybySAH di Zebra Square, Kuala Lunpur, pada Sabtu.

Sementara itu, Ain teruja atas rezeki dan mengakui sudah bersedia bergelar ibu.

Ads

Sufi Rashid Syukur Rezeki Bakal Timang Anak Sulung, Terbang Ke Jerman Demi Isteri ‘Mengidam’ Tonton Konsert Adele Sufi Rashid Syukur Rezeki Bakal Timang Anak Sulung, Terbang Ke Jerman Demi Isteri ‘Mengidam’ Tonton Konsert Adele Sufi Rashid Syukur Rezeki Bakal Timang Anak Sulung, Terbang Ke Jerman Demi Isteri ‘Mengidam’ Tonton Konsert AdeleSufi Rashid Syukur Rezeki Bakal Timang Anak Sulung, Terbang Ke Jerman Demi Isteri ‘Mengidam’ Tonton Konsert Adele

“Syukur sangat dan betullah kata orang anak itu membawa rezeki dan kami dikurniakan rezeki ketika kami sudah betul-betul bersedia.

“Kalau nak tahu yang banyak mengidam sebenarnya Sufi dan dia juga cranky sebaik saya hamil.

Ads

“Dia juga teruja bila setiap malam akan ambil baju baby dan susun serta tenung sambil senyum-senyum,” kongsinya.

Sufi mencelah, isterinya itu turut mengidam benda istimewa sebagai ibu yang sedang hamil.

“Kalau nak tahu, Ahad kami akan terbang ke Jerman untuk menonton konsert Adele yang berlangsung di sana,” katanya.

Ads

Sementara itu, juara Akedemi Fantasia 2015 berkata bayi berkenaan bakal dilahirkan pusat bersalin swasta di Seri Kembangan Selangor.

Sufi juga berjanji untuk menjadi bapa yang baik serta memberikan contoh buat puteri sulungnya itu.

“Saya juga bercadang untuk bercuti selama setahun selepas bayi lahir nanti untuk sama-sama menjaga anak saya,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI