Sudah agak lama tidak mendengar cerita mengenai genius matematik yang pernah menarik perhatian dunia suatu ketika dahulu dengan kepintaran luar biasa yang dimiliki hingga berjaya mencatatkan rekod sebagai pelajar termuda memasuki Universiti Oxford seawal 13 tahun.

Terbaru, Sufiah bercerita mengenai dirinya yang kini sudah pun berusia 33 tahun yang semakin matang dan memperjuangkan feminisme.

Gayanya yang matang, berambut pendek dan kelihatan agak kurus bukan lagi seperti 20 tahun yang lalu, remaja pemalu dan pendiam.

Sufiah Yusof Kini 33 Tahun, Lebih Matang, Perjuangkan Feminisme

Sufiah yang berdarah kacukan Pakistan dan Melayu Johor dilihat lebih lantang bersuara, berusaha menegakkan keadilan dan terbuka berkongsi buah fikirannya.

Sufiah Yusof Kini 33 Tahun, Lebih Matang, Perjuangkan Feminisme

Ads

“I drink tea, worry about my sleep routine and deadlines, try to schedule cocktails with friends. Do more yoga and the usual “30-something woman fitness thing” (can run for a couple hours but appalling bad teeth as usual), think about student funding and get more hippy-like: I saw Mondrian and Agnes Martin and cheerfully humiliated myself on a bicycle in Amsterdam. Life goes on (as a mature student, I enjoy learning as I go along in a private low-key, way).”

Kehidupan privasi Sufiah juga seiring dengan usianya yang semakin matang. Perkembangan itu dilihat kontras dengan laporan media, yang menurutnya berbaur terlalu ‘Weird, Hate-Filled, Over-Dramatic, Manipulations of the Media’.

“Wartawan sangat obses mahu ‘mencipta’ personaliti saya mengikut fantasi mereka. Mereka nampak terdesak mahu mendapatkan cerita dari sudut-sudut yang berbeza. Saya digambarkan dalam media sebagai seorang bintang akademik demi menaikkan rating rancangan masing-masing.

 

“Saya juga dijadikan ‘public image’ tanpa rela. Semua maklumat peribadi saya dimanipulasi dengan hebat, bermula dari kehidupan seks, latar belakang ibu bapa dan sejarah perkahwinan lampau,” kata Sufiah.

Media tidak suka melaporkan kisah wanita yang gembira atau sedih dengan kehidupannya.

“Kerana tiada siapa yang mahu membaca. Jadi sebab itulah drama demi drama terpaksa dicipta dan disensasikan.

 

“Mereka obses mahu saya berkata sesuatu.”

Terdahulu, Sufiah yang menjadi bualan ekoran terpalit dengan kontroversi penglibatannya dalam dunia pelacuran pernah memberontak, lalu melarikan diri dari universiti sekitar tahun 2000.

Ads

Jelas Sufiah lagi, dia sudah penat dilabel sebagai seorang yang ‘rosak’ kerana dengan cara itu, lebih ramai orang yang mahu mengikuti ceritanya.

Namun, ramai yang kagum dengan sikap positif yang ditunjukkan. Sebagai orang luar yang hanya mengikuti ceritanya dari jauh, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan Sufiah.

Semoga wanita jelita ini kembali ke pangkuan keluarganya dan mampu menyumbangkan kepintarannya untuk masyarakat, suatu hari nanti.

Ads

Sufiah Yusof Kini 33 Tahun, Lebih Matang, Perjuangkan Feminisme

Sumber : Majalah Nona

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI