Terbaru, Sharifah Sakinah telah memuat naik sekeping gambar ketika dia sedang bercuti di akaun Instagram miliknya.
“Sufian suhaimi . Buatlah lagu untuk saya “di eyebag mu” I just wear cemenmata to cover my eyebags” tulisnya.
View this post on InstagramSufian suhaimi . Buatlah lagu untuk saya “di eyebag mu” I just wear cemenmata to cover my eyebags
A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Gambar tersebut dimuat naik Sakinah sekadar mahu bergurau dengan Sufian Memandangkan lagu Dimatamu dari Sufian ini masih lagi menjadi perbualan ramai.
Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Sakinah.
Malah ada netizen juga bersetuju dan meminta Sufian untuk membuat lagu untuk Sakinah.
Alahai, macam macam lah Sakinah ni.
Untuk rekod, Sharifah Sakinah kini sedang bercuti di Hawaii bersama suami Alif Adha Jamil.
Foto : Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersongkok & Serba Hitam, Syamsul Yusof Tiba Di Mahkamah, Sapa Pihak Media
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusuf tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 9.05 pagi bagi kes sebutan cerai bersama isteri yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Saat tiba di perkarangan, Syamsul sempat memberikan salam dan menyapa pihak media.
“Assalamualaikum, lama tak dengar suara Syamsul kan?,” sapanya ringkas
Bapa kepada dua orang cahaya mata itu hadir bersama wakil peguam lalu meneruskan perjalanan memasuki lif.
Harini ini bakal berlangsungnya kes sebutan cerai bersama isteri, Puteri Sarah.
Terdahulu, Sarah telah menuntut cerai terhadap suaminya itu pada tanggal 16 Januari lalu.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Sekadar informasi, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Linda Rafar Kongsi 4 Golongan Orang Yang Tak Tersentuh Api Neraka
Pelakon dan usahawan, Linda Rafar ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Di samping itu, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar telah berkongsi kata-kata yang sangat bermanfaat kepada semua.
Penyanyi berusia 41 tahun itu berkongsi 4 golongan orang tidak akan tersentuh dan dijauhi seksa api neraka
“Posted @withrepost • @fazzmynmelrose from @duniaagama – ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA Rasulullah SAW bersabda :
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ
“Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?”
Para sahabat berkata, “Mahu, wahai Rasulullah!”
Baginda menjawab: “(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl.”(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).
“1. Hayyin
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..
“2. Layyin
Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia
“3. Qarib
Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.
“4. Sahl
Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.
“Mudah- mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Semoga apa yang disampaikan oleh Linda dijadikan panduan yang bermanfaat kepada semua.
Foto : Instagram Linda Rafar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerana Manusia Kita Nak Buang Islam, Itulah Manusia Yang Paling Bodoh & Dihina…,” – Roslan Shah
Pengacara, Roslan Shah ada memberikan peringatan buat seluruh masyarakat muslim agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam walaupun diri sering kali dihimpit dengan pelbagai dugaan dan masalah.
Jelas Roslan, individu yang sanggup meninggalkan Islam semata-mata kerana manusia lain ini boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat kurang bijak.
“Walau jahat bagaimanapun kita tetap ISLAM. Kerana manusia kita nak buang ISLAM. Itulah manusia yang paling Bodoh dan di hina lagi dari Allah. Karma tak cepat atau lambat Allah kasi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Roslan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
Katanya lagi, segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ini pasti akan mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada cepat mahupun lambat.
Malah, Roslan turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat orang-orang di sekeliling kita agar mereka sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran yang mendatang.
“Jangan fikirkan paling orang lain. Dari atas Allah boleh jatuhkan kita sampai ke bawah kita tidak tahu nanti. Please jangan buang ISLAM. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka dan Diri kita sendiri ya.
Dalam pada itu, Roslan turut berharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sememangnya mempunyai niat untuk memecah belahkan masyarakat Islam.
“Jauhkanlah syaitan iblis menghasut kita suruh tinggalkan ISLAM ya. Amin..Kita kena ada pendirian kita sebagai orang Islam bukan kerana orang atau pun sesiapa Saja.
“Takut nanti diri kita boleh memakan diri sendiri dan Allah kasi karma kepada kita …Auzubillahminzalik….,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa yang sama selain turut menyifatkan Islam sebagai agama yang sangat indah.
Sumber: Instagram Roslan Shah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI