Sufian Suhaimi Mengaku Sudah Berpunya; “Saya Panggil Dia Sayang.”

Share

Hadir berpakaian sedondon rona merah pada majlis pernikahan penyanyi Aiman Tino, penyanyi Sufian Suhaimi akhirnya mengakui hatinya kini sudah dimiliki seseorang.

Walau bagaimanapun, Sufian, 31, enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang perkara itu akan membuatkan kekasihnya berasa tidak selesa.

“Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi.

“Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.

“Saya panggil dia ‘sayang’.. dia masih lagi menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian,” kata Sufian kepada MH.

Sufian ditemui usai pernikahan Aiman Tino bersama pilihan hati, Syarah Haifa yang berlangsung di The Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ditanya mengenai perancangan ke fasa seterusnya, penyanyi Di Matamu itu mengharapkan agar hubungan itu berakhir dengan ikatan perkahwinan.

“Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwin.. namun saya sudah bersedia untuk ke arah itu.

“Sudah tentu kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak berkahwin.

“Tetapi kami tiada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar