Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai hukuman yang dikenakan ke atas enam pesalah kes Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Dalam satu siaran media yang dikeluarkan, suruhanjaya itu menegaskan pendirian mereka bahawa hukuman mati bukanlah satu penyelesaian yang adil atau berkesan.

“Hukuman mati adalah satu bentuk hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak membenarkan kemungkinan pemulihan sekiranya berlaku kesilapan kehakiman.

“Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan pelanggaran hak asasi manusia,” jelas mereka menerusi kenyataan itu.

Selain itu SUHAKAM turut menyatakan bahawa menjatuhkan hukuman mati ke atas enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan satu detik menyedihkan dan serius dalam sejarah kehakiman Malaysia.

Ads

BACA JUGA: 6 Bekas Penuntut UPNM Dijatuhi Hukuman Gantung Kerana Menyebabkan Kematian Zulfarhan

Suruhanjaya itu lagi menegaskan bahawa pemulihan adalah jalan yang diperlukan untuk menjadikan keenam-enam pesalah tersebut sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

Ads

“Dalam konteks ini, adalah penting untuk menekankan keperluan untuk pemulihan. Pemulihan boleh mengubah pesalah menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan membina.

“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tersebut tetapi juga membantu mencegah kejadian masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial di kalangan pesalah,” tambah mereka lagi.

Ads

Walaupun tidak bersetuju dengan hukuman mati yang dikenakan terhadap enam pesalah itu, SUHAKAM turut menyatakan mereka berkongsi kesedihan dan keperitan keluarga mangsa.

Imbas kembali, Hakim Hadhariah Syed Ismail sebelum ini yang mempengerusikan panel hakim berkata, hukuman mati wajar dikenakan terhadap Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Sofi, Najib Razi, Afif Najmudin Azahat, Shobirin Sabridan Hakeem Ali dengan mengambil kira kekejaman jenayah yang dilakukan.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI