
Anak kepada pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Lara Alana ada berkongsi mengenai tahap kesihatannya pada Khamis.
Menurut akaun IG milik Lara, dia tiada ‘mood’ untuk melakukan sebarang aktiviti kerana suhu badannya tinggi saat bangkit dari tidur.
“Sis takde mood hari ni. Bangun tidur je sis check suhu 37.8.
“Takde mood nak mandi, buat rambut atau nak main,” kapsyen yang tertera.
Kisah tersebut dikongsikan ibu bapanya menerusi akan kanak-kanak berkenaan.
Dalam pada itu, dia difahamkan masih tetap berpuasa meski berada dalam keadaan kurang sihat.
Setakat ini, entri tersebut telah pun meraih lebih 90,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan respon wargamaya.
Menerusi rungan komen, rata-rata netizen dan para selebriti menitipkan doa semoga Lara lekas sembuh selain turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat anak kecil itu untuk terus berpuasa.
Sumber: Instagram Lara Alana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Nyanyi Masa Prelude AF4,” – Jasa Ibnor Riza Besar Buat Diddy Hirdy, ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ Bawa Tuah

Penyanyi, Dr. Diddy Hirdy menyifatkan lagu Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Allahyarham Ibnor Riza mempunyai kesan yang amat besar buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Menurut Diddy, tuah lagu tersebut telah mengangkat namanya sewaktu menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4).
“Lagu bertuah untuk saya, Mimpi Yang Tak Sudah nyanyian Ibnor Riza. Dinyanyikan di Konsert Prelude AF4.
“Memang gemuruh habis masa ni tapi berjaya melayakkan Diddy dipilih menjadi Top 12 AF4 tahun 2006.
“Sampai sekarang masih lagi menjadi antara lagu yang selalu direquest oleh client/peminat bila show,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Diddy menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Terdahulu, Allahyarham Ibnor Riza telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) pada Selasa.
Allahyarham Ibnor Riza dilaporkan kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Dalam pada itu, Diddy turut memaklumkan dirinya amat terkesan selepas mengetahui tentang pemergian Ibnor Riza.
“Terima kasih Allahyarham Ibnor Riza untuk karya evergreen ini. Manfaatnya besar untuk diri saya sebagai anak seni.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Diddy merupakan salah seorang peserta AF4 sezaman dengan Faizal Ramly, Haziq Rosebi dan Salima Habibi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jumlah Keseluruhan RM319,700…,” – Vellfire & Barangan Kemas Antara Tawaran Pendamaian, Farid Kamil Harap Diana Danielle Lembut Hati

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil mengemukakan empat tawaran pendamaian buat isterinya, Diana Danielle merangkumi sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran balik tiket umrah.
Menerusi satu siaran media, Farid menyatakan tawaran tersebut merupakan antara usaha menyelamatkan rumah tangga yang dibina.
“Tawaran pendamaian daripada Farid Kamil kepada Diana Danielle.
“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
“Pertama, sebuah Toyota Vellfire bernilai RM225,000. Kedua, barangan kemas bernilai RM10,700.
“Ketiga, bayaran pendahuluan nafkah (Mac-Jun 2023) bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000,” katanya menerusi satu siaran media.
Lantaran itu, pelakon filem, Lagenda Budak Setan ini berharap agar tawaran pendamai tersebut dapat melembutkan hati Diana.
“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Farid tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses sulh atau penyelesaian pertikaian dengan isterinya.
Sementara itu pula, peguam syarie kepada Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya itu tidak akan hadir pada prosedur hari ini.
Terdahulu Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terbabit dalam suatu pertikaian, membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.
Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu kerana tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Kena Merancang, Ada Kala Kita Kais Pagi Makan Pagi,” – Jaclyn Victor Hadiahkan RM200,000 Buat Anak-Anak

2022 dan 2023 merupakan tahun yang agak cemerlang buat penyanyi Jaclyn Victor.
Masakan tidak, masih segar dengan kemenangan di Gegar Vaganza musim ke-9, kini beliau dinobatkan pula selaku juara All Star Gegar Vaganza.
Menerusi dua pertandingan ini, Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor berjaya mengumpul wang kemenangan sebanyak RM310,000.
Ditanya mengenai perancangannya dengan wang tersebut, penyanyi lagu Gemilang ini memaklumkan duit berkenaan akan dimanfaatkan buat masa hadapan anak-anaknya.
“Sama seperti di GV9, saya akan masukkan duit kemenangan ini ke akaun anak-anak saya. Saya tak belanja langsung duit kemenangan yang lepas. Semuanya ke akaun mereka.
“Sebagai penyanyi, kadang kala kehidupan kita kais pagi, makan pagi. Kita tiada pendapatan tetap setiap bulan. Anak-anak saya masih muda. Jadi, saya kena buat persediaan awal.
“Kita semua tahu betapa kerasnya kita bekerja selama 12 minggu ini. Saya sudah berjanji kepada diri sendiri dan tanpa berfikir panjang, ini semua buat mereka,” katanya kepada MH.
Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac berkata sedemikian selepas selesai pentas akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad.
Mengulas mengenai kemenangannya di ASGV, Jac mendedahkan dia sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juara.
Katanya lagi, fokusnya pada pentas akhir ini hanya untuk memberikan persembahan yang terbaik.
“Semua orang tahu saya ini mudah stres. Bila stres, ia jelas terlihat pada wajah saya. Jadi, lebih baik saya tidak meletakkan sebarang sasaran terutamanya untuk mendapat nombor satu.
“Saya hanya nak buat persembahan yang terbaik. Kita juga sudah tukar ke vanue, pentas pula lebih besar, ditonton ramai orang dan diiringi orkestra.
“Makna lagu When You Believe ini juga sangat mendalam dan dekat dengan situasi saya ketika ini,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Jac turut mendedahkan lagu yang dipersembahkan sewaktu tugasan solo sebenar telah diubah daripada perancangan asal.
“Sebenarnya, lagu yang betul-betul saya mahukan adalah I Believe I Can Fly. Pada mulanya, semua dah okay dengan pemilihan lagu tersebut.
“Namu, pihak GV minta saya tukar kerana saya pernah menyanyikan lagu tersebut di sebuah program realiti nyanyian yang lain tapi bukanlah bertanding.
“Disebab ia program itu besar, mereka sarankan saya untuk ubah. Lagipun, saya juga mahu mencabar diri. Salah satu matlamat utuma program ini adalah kemampuan kita untuk berfikir di luar kotak,” akhirinya.
Terdahulu, Jac berjaya menewaskan tujuh peserta la di pentas akhir ASGV sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM200,000, pakej percutian dan penginapan beserta trofi emas.
Jac berjaya mengungguli kedudukan pemenang selepas meraih markah tertinggi iaitu 80.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI