“Suhu Badan Hingga 41 Darjah Celcius Dan Mampu Rosakkan Sistem Organ Dalaman.” Neelofa Dedah Kisah Hidapi Influenza A Sejurus Pulang Haji

Share

Pulang sahaja dari mengerjakan ibadah Haji lebih dua minggu lalu, Neelofa terpaksa dikuarantin selama seminggu kerana menghidap Influenza A sehingga memaksa usahawan dan pengacara ini dimasukkan ke hospital dan terpaksa membatalkan beberapa urusan.

Katanya, dia mulai rasa tidak selesa dan sakit badan sejurus tiba di Madinah sewaktu ingin pulang ke tanah air.

“Tiba sahaja di lapangan terbang, nafas seperti terasa panas dan waktu itu kami terpaksa hadapi transit yang agak lama iaitu sekitar lapan jam. Kemudian ke hospital dan mahukan suntikan.

“Doktor ketika itu ada mengambil suhu dan katanya suhu badan saya mencecah sehingga 41 darjah celcius dan mampu merosakkan sistem organ dalaman serta perlu mengambil ujian darah.

“Bila dah tahu keputusan, saya disahkan menghidap Influenza A dan terus ditahan. Sejujurnya saya tidak pernah berdepan dengan pengalaman apabila serangan itu berada dalam sistem tubuh saya, meski ia suhu kian rendah tapi ia begitu menyakitkan.

“Misalnya kepala dan biji mata rasa sakit dan ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk pulih. Kata doktor apabila kira diserang virus ia satu hal yang biasa meski suhu badan kembali normal,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Neelofa ditemui MH pada majlis Neelofa ditemui di majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion, baru-baru ini.

Foto: Instagram Neelofa

Published by
Rafiq Mazlan