Pelakon, Fahad Iman meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghormati usaha penyanyi, Yuna ketika dia sedang membuat persembahan di IG live miliknya.

Menurut Fahad, ia adalah sesuatu yang menjengkelkan apabila ada segelintir peminat yang kerap meminta Yuna untuk bertutur dan menyanyi dalam bahasa Melayu ketika dia sedang mengendalikan sesi di IG live.

“Wey sumpah annoying do. I was watching one of her insta live the other day, and few people kept on commenting “Yuna ckp Melayu, ckp Melayu.”

“I’m like can you shut the f*ck up? Suka hati dia la nak cakap bahasa apa. It is so annoying,” tulisnya.

Ads

Tambah pelakon itu lagi, Yuna harus bertutur dalam bahasa Inggeris kerana penontonnya bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia malah, peminat antarabangsa juga.

Ads

“And dia dah cakap banyak kali that she uses English sebab nak reach out to everyone.

“Sebab she has an international audience. Whats not clicking?,” kongsinya lagi.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Fahad di akaun Twitter selepas tular sebuah video memaparkan Yuna ada menegur peminatnya yang tidak sabar dan berterusan memintanya untuk menyanyikan koleksi lagu bahasa Melayu miliknya.

Memerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Fahad tersebut selain turut meminta agar peminat di negara ini memahami situasi serta menghormati penyanyi itu yang sedang membuat persembahan secara langsung di media sosial.

“Suka Hati Dia La Nak Cakap Bahasa Apa,”  – Tak Hormat Yuna Ketika Buat Persembahan Di IG Live, Fahad Iman Tempelak Siapa? “Suka Hati Dia La Nak Cakap Bahasa Apa,”  – Tak Hormat Yuna Ketika Buat Persembahan Di IG Live, Fahad Iman Tempelak Siapa? “Suka Hati Dia La Nak Cakap Bahasa Apa,”  – Tak Hormat Yuna Ketika Buat Persembahan Di IG Live, Fahad Iman Tempelak Siapa?

Sumber: Twitter Fahad Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI