Sikap suka pamer aset dan kemewahan di laman media sosial seakan sudah seperti menjadi perkara yang normal buat sesetengah pengguna media sosial.

Pelakon Hisyam Hamid misalnya, mempunyai pendapat tersendiri mengenai perkara tersebut.

Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, hal tersebut ada kesan baik dan buruk andai ia dikongsi menerusi laman media sosial.

“Pada saya, ia berbalik kepada diri kita sendiri apa niat dan tujuan kita untuk menunjuk kekayaan di laman media sosial.

“Adakah untuk memberi input yang positif atau pun negatif. Dari sudut positif mungkin orang itu menunjuk kekayaan di laman media sosial sebab nak memberi semangat kepada orang lain untuk menjadi satu sumber pembakar semangat untuk bersama-sama berkerja keras mencapai impian.

IKLAN

“Tapi kalau dari sudut negatif dengan niat nak menunjuk-nunjuk semata-mata untuk riak, sebolehnya elakkanlah.

“Pucuk pangkalnya kita kena tanya dengan diri kita sendiri apakah niat dan tujuan kita untuk menunjuk kekayaan di laman media sosial.

“Tuan punya badan sendiri tahu lah apa motif dia buat macam tu sebab Hisham pun tak boleh nak komen sangat pasal benda ni sebab itu hak masing-masing, sosial media akaun mereka jadi suka hati merekalah nak post apa pun kalau tak suka boleh unfollow,” jelasnya.

IKLAN

Pada masa sama, bintang Hero The Movie ini juga mengakui dia bukanlah individu yang gemar berkongsi hal sedemikian.

“Jujurnya, saya tak berapa gemar untuk menunjuk apa-apa yang dirasakan tidak penting di media sosial.

IKLAN

“Sebab ada ketikanya, saya rasa lebih selesa simpan untuk diri sendiri dan famili saja,” katanya lagi kepada MH.

https://www.instagram.com/tv/Bzz3eaFn5n7/?utm_source=ig_web_copy_link

Dalam perkembangan lain, Hisyam bakal muncul dalam sebuah filem televisyen, GENG yang akan ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 18 Julai depan.

Antara barisan pelakon yang turut sama terlibat dalam filem televisyen berkenaan ialah Sherry Al Hadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisa, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI