Semalam, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik beberapa video bersama anaknya di Instagram.
Video tersebut memaparkan Fasha sedang mengendong dua anaknya di sebuah stesen kereta api.
Difahamkan, Fasha sekeluarga menaiki Electronic Train Service (ETS) untuk bercuti di Perlis.
Namun, video tersebut nyata tidak disenangi segelintir pihak apabila ada yang menyifatkan Fasha seperti tidak menitikberatkan soal penjagaan anak-anaknya.
Mereka turut mendakwa tindakan Fasha tersebut boleh membahayakan keselamatan anak serta orang sekeliling.
insert komen
Bengang dengan kritikan tersebut, ini respon balas Fasha kepada individu berkenaan;
“Eh kau ni, suka hati aku la anak aku. Ada je orang macam kau ni nak tunjuk pandai, kau jaga anak kau sudah. Ni anak yang keluar dari perut aku, aku tau buruk baik, tak payah nak tunjuk bijak sangat. Thank you,” tulisnya.
Bagi MH, mungkin para peminat berasa perihatin tentang keselamatan Fasha dan anak-anaknya kerana di tempat seperti itu, banyak kejadian yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.
Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang.
Foto: Instagram Fasha Sandha