Pelakon, Zarina Anjoulie berang apabila ada pihak mengatakan bahawa anaknya, Awangku Gabriel Martin Ezra tidak pandai bercakap.

Kisahnya bermula ketika usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi perkembangan anak angkatnya, Qayyum Aliffshah yang dikhuatiri mempunyai masalah apabila lewat bercakap.

Susulan itu, ada individu yang meninggalkan komen serta ‘tag’ Zarina mengenai perkara itu.

“Anak Zarina Anjoulie pon tak pandai ckp until now,” tulis individu tersebut.

“Suka kau je c***p, anak aku nye English pun lagi hebat dari kau,” balas pelakon itu pula.

Di ruangan komen pula, kelihatan ramai yang merasakan bahawa individu tersebut memaksudkan orang lain namun tersalah tag.

Malah, ada juga yang terhibur dengan cara Zarina membalas komen tersebut.

Alahai, kita bersangka baik sahajalah bahawa individu tersebut tersalah tag orang lain dan insiden itu tidak disengajakan. Mungkin lepas ini, netizen kena berhati-hati bila nak tag orang tu ya!

Foto/Instagram: Zarina Anjoulie