Baru-baru ini, pelakon meningkat naik, Sharifah Rose dilaporkan telah menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara skil lakonannya di dalam drama, Kekasih Hati Mr. Boduguard yang dikatakan agak kaku.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pengarah, Nizam Zakaria telah tampil mempertahankan pemilihan pelakonnya itu yang kini semakin dipertikaikan ramai pihak

Jelas Nizam, bukan mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan jadual pengambaran yang sangat padat.

“Anyways, nak jadi pelakon bukannya senang. Nak menghafal skrip berjela-jela lepas satu scene ke satu scene sampai 15-20 scene sehari.

“Nak menghayati watak. Nak melakonkan watak. Semua ini perlu ada kemahuan dalam diri untuk belajar dan terus belajar. Dan bukan semua orang boleh jadi pelakon. Semua ni bergantung kepada rezeki masing-masing,” tulisnya.

Ads

Katanya lagi, para pelakon baru hendaklah diberikan ruang dan peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka agar industri seni tempatan tidak ketandusan bakat-bakat baru.

“Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose “Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose “Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose

Malah, dia juga percaya segalanya turut bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Ads

“Ada orang cita-cita sejak kecik nak jadi doktor, tapi mungkin bukan ketentuan dia nak jadi doktor walaupun belajar bagai nak rak dan dapat semua A. Semua ni dah tertulis sejak azali kan. Nak percaya atau tak, itu hak masing-masing.

“Dan satu lagi, kita perlukan pelakon-pelakon pelapis. Bukan nak cakap apa, saya dah lebih sedekad jadi pengarah. Ramai kot pelakon-pelakon hebat sekarang yang bermula dari saya. Mula-mula memang lah lakonan mereka nampak kekok. Tapi lama-lama jadi bagus jugak akhirnya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Niezam turut memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Sharifah Rose untuk bergelar seorang pelakon

Ads

‘Semuanya berkat kesungguhan masing-masing. Yang saya suka tentang Rose adalah kesungguhan dan kemahuannya untuk menjadi pelakon. And more importantly, she’s intelligent.

“And that’s good enough for me because I’m an intellectual snob. I think most of you already figured this one out long time ago,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Nizam selain turut menasihatinya untuk tidak mempedulikan sega komen-komen negatif.

“Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose “Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose “Suka Kesungguhan & Kemahuannya, She’s Intelligent,” – Lakonan Dikatakan ‘Kayu’? Pengarah, Nizam Zakaria Pertahan Sharifah Rose

Sumber: Instagram Nizam Zakaria

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI