Cukup terbuka berbicara soal kontroversi yang melanda, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM memberitahu, segala video yang dikongsi adalah atas ‘permintaan’ netizen.
Mengakui terdapat unsur ‘panas’ dalam setiap tindakannya itu anak kepada pelakon senior, Normah Damanuri ini lebih selesa menjadi diri sendiri.
“Yeke? Mengundang ke? Itu bukan permintaan netizen ke? Tapi sebenarnya Kak KM jadi diri sendiri.
“Memang itu watak dan trademark saya. Bila tak buat netizen rindu pula.
Ads
“Jadi tak apalah, bila viral, laku jamu saya,” katanya jujur.
Bagaimanapun, menurut pengusaha jamu ini lagi, apa yang ditayangkan di laman sosial bukanlah 100 peratus isi kehidupannya setiap hari.
Sebaliknya, dia seperti wanita lain yang melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.
Ads
Misalnya masih memasak, membasuh baju dan mengambil anak dari sekolah. Serta yang paling penting, tetap bergetah!
“Itulah saya. Tak penat pun sebab saya sayang follower. Tapi saya tak adalah bersiap setiap hari, ada masa kena masak, hantar anak, netizen akan lihat siapa saya yang sebenarnya,” tambahnya.
Ads
Tidak mahu mengulas lanjut kes tarian panas di majlis resepsi adiknya, Ahya tempoh hari, dia lebih selesa untuk pandang ke hadapan sempena kedatangan Ramadan yang mulia.
“Benda itu dah lepas. Kita buka buku baru. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
“Sempena bulan puasa, saya sendiri akan berpuasa. Jadi tak adalah saya nak bergelek pula. Tapi lepas raya, siap korang,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Clarence House mengesahkan Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth positif Covid-19 selepas mengalami simptom ringan pada 22 Mac lalu.
Pewaris takhta berusia 71 tahun itu menjalani ujian saringan pada Isnin dan keputusan yang diumumkan pada Selasa menunjukkan dia dijangkiti.
Bagaimanapun isterinya, Camilla, Duchess of Cornwall tidak dijangkiti wabak tersebut.
Kenyataan rasmi melaporkan, kedua-dua kerabat itu kini menjalani kuarantin di Scotland.
Menurut laporan, doktor mengesyaki putera raja itu telah terkena jangkitan sejak 13 Mac.
Terdahulu putera itu difahamkan telah menganjurkan sebuah persidangan yang turut dihadiri Putera Albert dari Monaco yang dilaporkan turut mengalami jangkitan virus Covid-19 minggu lalu.
Sumber : Sky News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak pernah putus menerima komen yang berkaitan dengan suaminya, Datuk Ramli MS, Datin Alyah sekali lagi mendapat komen berbaur sinis dari pengguna media sosial yang seakan tidak sensitif terhadap komen yang diberikan.
Kisahnya, penyanyi Meluruh yang kini bercuti panjang sempena raya ada berkongsi sekeping foto menerusi Instgaram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi foto berkenaan, Alyah dilihat sedang posing di dalam kereta lengkap mengenakan kaca mata ‘oversize’.
“My iPhone is back,” tulisnya ringkas. Lalu dalam ramai yang memuji penampilannya, terdapat satu komen yang seakan menyindir kerana Alyah tidak mampu untuk berkongsi foto raya bersama suaminya, sebagaimana para suami isteri yang lain.
Malah, akaun tersebut turut menempelak Alyah kerana didakwa berkahwin dengan lelaki berkenaan atas dasar harta.
Alyah dilihat turut meninggalkan respon terhadap komen yang diberikan.
Kongsi Ayah, dia memohon kepada Allah SWT agar terus tabah dalam menghadapi insan yang hitam hatinya.
Terdahulu, bintang asal Gelang Patah, Johor ini menrdirinan rumah tangga bersama maestro muzik terkenal itu lebih enam tahun lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, pasangan tersebut belum menerima rezeki zuriat.
Foto: Instagram Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh popular Indonesia, Isa Zega telah menjadi tumpuan hangat minggu ini apabila dia memuat naik video berpakaian solat wanita saat mengerjakan umrah.Memiliki lebih sejuta...