Suka Tengok ‘Bonding’ Nabila Huda Dengan Anak Macam BFF, Ernie Zakri Tak Sabar Nak Ada Momen Serupa

Share

Berehat sebentar daripada aktiviti seni, pelakon Nabila Huda mengambil kesempatan itu dengan bercuti di Bandung, Indonesia bersama suami, Izwan Johar serta anak tunggalnya, Keisha Laila.

Berkongsi pelbagai aktiviti menarik mereka di sana di laman Instagram miliknya, rata-rata peminat dan rakan artis terhibur dan menyukai ‘bonding’ di antara Nabila, 38, bersama anaknya, Keisha yang kini sudah berusia 13 tahun.

Antaranya penyanyi Ernie Zakri yang tidak sabar untuk mempunyai momen manis bersama anaknya, Nur Khawla Soleha seperti mana hubungan akrab bak kawan baik seperti digambarkan menerusi Nabila dan Keisha.

“Bestnya dah jadi BFF (Bestfriend Forever). Tak sabar,” tulis Ernie di ruangan komen.

Nabila kemudiannya membalas, “Soon Ernie!! Kejap je tu dah besar nanti.”

Sekadar info, Nabila Huda berkahwin Izwan pada bulan Disember 2015.  Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008 namun bercerai tiga tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, aktres popular itu dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila.

Manakala, Ernie pula mempunyai seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia lapan bulan, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi Syamel.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Nabila Huda, Ernie Zakri

Published by
Juliana Johar