
Satu perkongsian foto pasangan suami isteri, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson di Instagram mencuri perhatian ramai.
Mengenakan persalinan santai, keduanya dirakam bergambar mesra di salah satu lokasi di destinasi percutian di Langkawi.
View this post on InstagramA post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on
“What was supposed to be our Moroccan-Mediterranean honeymoon…,” tulis Zahirah ringkas pada ruangan kapsyen.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata menitipkan ucapan selamat berbulan madu seterusnya mendaoakan agar mereka berbahagia selalu.
Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Damansara Perdana.
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Ada Bagi Tisu, Air Mineral,”- Meski Sarat Hamil 6 Bulan, Penyampai Berita, Ezreena Tetap Komited Dalam Suasana Sesak

Bakal menimang cahaya mata pertama sekitar Ogos depan, penyampai berita TV3, Intan Ezreena Amir Hamzah tetap menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang wartawan.
Mana tidaknya, meski sarat hamil enam bulan, namun Ezreena dilihat berasak dikelilingi orang ramai di sekitar ibu kota bagi mendapatkan maklumat.
“Bila kau nak record video standupper sendiri tapi semua pun nak join sekali. ?
Thank you kawan2 yang concern sis berpanas dan bersesak tatkala mengandung 6 bulan. Diorang semua okay je. Ada bagi tisu, ada bagi air mineral. Kita layan baik2, diorang pun baik2 insyaallah. Semua excited nak mengundi je tu. Sis pun seronok je tgk kemeriahan tadi.
“Pemilihan awal calon Presiden dan Naib Presiden Indonesia 2019 di Kedutaan Besar, Kuala Lumpur,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by .Mrs Pwincess. (@ezreenaamirhamzah) on
Video tersebut memaparkan kesibukan Ezreena dalam menjalankan tugasan luar bagi mendapatkan maklumat dan berita berhubung isu negara Indonesia dalam pemilihan calon Presiden dan Naib Presiden.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 3,000 tontonan selepas dimuat naik semalam.
Video: IG Ezreena Amir Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Nak! Ramona Zamzam Tak Ingin Buat Lathi Challenge & Wipe It Down Challenge

Baru-baru ini, pelakon Ramona Zamzam ada memberi ruang buat para pengikutnya di Instgaram untuk bertanya apa sahaja menerusi aplikasi Ask Me Question di Insta Stories.
Lalu, pelbagai soalan telah dipilih Ramona dan dijawab ibu kepada seorang cahaya itu.
Antara yang menarik perhatian ialah apabila dia ditanya sama ada mahu atau tidak untuk melakukan cabaran ‘Wipe It Down Challenge’ sebagaimanay ang dilakukan wargamaya, termasuk selebriti.
“Akak Ramona tak nak buat wipe it down challenge ke?,” tanya salah seorang peminat.
Lalu, pemilik nama lengkap Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam itu memberikan reaksi.
“Tak nak. Kenapa korang suka tanya artis untuk buat benda yang sama macam artis lain buat? I tak nak buat Lathi Challenge, i tak nak buat Wipe It Challenge. I dont even have TikTok on my phone.
“And i also tak nak buat IG for Ivanna. I dont wanna be that celebrity yang sorang buat, semua ikut. Im happy to do my things my way. Tak nak, tak nak, tak nak.
“Doesnt mean i artis i kena buat all the same thing dengan artis lain. Are we cool?,” reaksi Ramona jujur.
Foto: Instagram Ramona Zamzam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Zul Tiada Kena Mengena. Saya Tak Nak Libatkan Nama Orang Lain Dalam Isu Saya,” – Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa tampil menegaskan bahawa hubungannya bersama bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli sudah pun lama berakhir dan ia bukanlah disebabkan orang ketiga sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.
Intan, 24, pada masa sama mengharapkan, tiada lagi mana-mana pihak cuba mengaitkan isu melibatkan dirinya dengan pelakon lelaki seperti Zul Ariffin yang terpalit kononnya menjadi punca perpisahan mereka.
“Saya dan bekas tunang sudah lama putus… hubungan kami berakhir pun bukan disebabkan Zul atau mana-mana orang ketiga.
“Zul tiada kena mengena langsung. Saya tak nak libatkan nama orang lain dalam isu saya. Saya harap selepas ini, tiada lagi mana-mana pihak yang cuba kaitkan nama orang lain.
“Saya tak kisah dikecam tapi jangan kaitkan orang lain dengan isu saya,” katanya, menerusi laporan mStar.
Terdahulu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid diminta mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia berpisah dengan ahli perniagaan itu disebabkan pelakon berkenaan.
Sementara itu, Zul menerusi laporan media pada Isnin turut menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia tidak mengetahui mengenai status hubungan pasangan wanita itu.
Bagaimanapun Zul menjelaskan, dia sudah lali apabila namanya dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem.
Terdahulu, Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
Namun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah pada Februari tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul menerusi drama bersiri, Tak Sempurna Mencintaimu di samping Redza Rosli.
Tak Sempurna Mencintaimu bakal mengisi slot Akasia TV3 dijangka bersiaran Ramadan ini.
Sumber, Foto: mStar, Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI