
Sudah menjadi kebiasaan, persalinan yang digayakab selebriti kita akan menjadi perhatian orang ramai khasnya bila menjelang Aidilfitri.
Hasil tinjauan MH di akaun Instagram milik selebriti dan usahawan terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam, wanita cantik ini dilihat kekal mengenakan busana raya sedondon bersama keluarga sehingga ke hari raya Raya Aidifitri ke-5.
Jom lihat pelbagai pilihan warna telah menjadi pilihan Rebecca sekeluarga.
Raya Pertama (Jingga)
Raya Kedua (Merah Jambu)
Raya Ketiga (Coklat Terang)
Raya Keempat (Hitam)
Raya Kelima (Biru Terang)
Bukan itu sahaja, perkongsian Rebecca tersebut telah mendapat perhatian serta pujian daripada peminat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Macam Kecewa Gila, Sebab I Pernah Jumpa Dia,” – King Coco Kesal

Pempengaruh, King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail meluahkan rasa kesal selepas video yang merakamkan seorang wanita sedang memarahi dan memukul budak tular di media sosial sejak awal pagi Jumaat.
Menurut Coco, dia kecewa dengan tindakan tersebut selain mendakwa mengenali pelaku.
Perkongsian tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi beberapa status yang dimuat naik di Insta Stories pada Jumaat.
“Allahuakbar saya kenal individu di dalam (video) ini. Subhanallah macam tak percaya,” tulisnya.
“I macam kecewa gila, sebab i pernah jumpa dia. Dia baik sangat, even bukan dengan i je baik. Dia baik dengan bekas anak tiri i juga that time.
“We all jumpa sebab dia nak discuss business dengan i. But i swear to God, i tak sangka,” luah Coco di dalam perkongsian seterusnya.
Coco pada masa sama mendedahkan, pelaku pernah menyifatkan hidupnya berseri dengan kehadiran kanak-kanak berkenaan di sisinya.
“Shes even said to me, yang dia kena dengan orang. Tapi dia tak balas. Biarlah Allah yang buat semua.
“I felt like macam ‘wahh baik ya dia.’ Lepas tu i ada nampak, dia update WhatsApp status dia sayang budak tu, budak tu penyeri rumah dia.
“Shium shium (cium) budak tu, budak tu pun nampak sayang kat dia. But i tak tahulah… i heartbroken,” tulisnya lagi.
Sementara itu, mStar memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan dua individu yang dikaitkan dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, mangsa juga telah diselamatkan selepas pihaknya menerima satu laporan pada awal pagi Jumaat.
“Pada 22 Julai 2022 jam 12.14 tengah malam pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima satu laporan berkaitan kes penderaan dan mencederakan kanak-kanak dan satu siasatan telah dijalankan.
“Selepas menerima laporan berkenaan, Polis Kajang pada 22 Julai 2022 jam 2.30 pagi telah bertindak menyelamatkan mangsa dan telah membuat tangkapan ke atas seorang perempuan Melayu dan seorang lelaki warganegara Singapura di sebuah rumah di taman perumahan Beranang, Selangor.
“Suspek berumur lingkungan 28 hingga 30-an. Tahanan reman dibenarkan selama tujuh hari sehingga 28 Julai 2022. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan, doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menerusi kenyataan sama, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan mangsa tidak suka makan nasi dan suspek memaksa kanak-kanak tersebut untuk makan sehingga termuntah.
Mangsa kanak-kanak yang dikatakan hyper-aktif berusia anggaran empat tahun, merupakan anak kepada warganegara Indonesia yang mana kelahirannya tidak pernah didaftarkan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
“Mangsa telah diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April 2022 kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya. Mangsa dikatakan dipukul oleh pasangan tersebut menggunakan penyangkut baju, kayu penyapu dan kadang-kadang dicucuh dengan pemetik api,” ujarnya lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Potong Rambut Sendiri Weh,” – Izzue Islam Ajar Cara Gunting Rambut, Peminat Kata Segak!

Tidak dinafikan, ramai yang meluahkan rasa keluh apabila salon atau kedai rambut masih belum dibenarkan beroperasi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 sejak beberapa minggu lalu.
Masing-masing memberikan reaksi dan tidak kurang yang meminta teman termasuk isteri masing-masing untuk potong rambut pasangan!
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam juga turut berdepan situasi sama lalu berkongsi cara untuk mengunting rambut sendiri.
Lebih menarik, Izzue turut berkongsi hasil potongan rambutnya itu bersama peminat.
“Aku potong rambut sendiri weh! Hah, masa PKP ni mesti korang punya rambut pun dah panjang kan!
“Sekarang Izzue nak ajar mcm mane nak gunting rambut sendiri! Handsome hairtrim bersama Head & Shoulders!
“Lepas cuci rambut dengan Head & Shoulders Ultramen, fresh sangat ni!!! Mari kita semua handsome hairtrim!
“Dapatkan Shampoo ni kat Guardian : https://bit.ly/35ou8we hari ni! #headandshouldersmy #ultramen #hairsometrim #sp,” tulisnya sambil memberikan kredit.
https://instagram.com/tv/B_ubO7ZD1Uc/
Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi pujian dan menyifatkan lelaki itu kekal tampil segak dan kacak.
Video: Instagram Izzue Islam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Pernah Rasa Susah Punca Lirik Sekarang Tiada ‘Jiwa’? M. Nasir – “Ini Salah Generasi Di Zaman Saya.”

Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir berpandangan antara faktor mengapa lagu-lagu masa kini kurang penjiwaan daripada aspek lirik adalah disebabkan perubahan zaman.
Menurut M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, pemikiran mereka yang lahir di era moden ini tidak sama dengan mereka yang pernah melalui getir hidup ketika negara sedang membangun.
“Orang sekarang sudah tak fikir lagi perkara-perkara yang puitis. Cuba tanya budak-budak belasan tahun, apa yang mereka fikirkan sekarang?
“Kadang-kala tiada apa yang mereka fikirkan. Minda mereka kosong. Ini semua salah generasi saya yang kini sudah bergelar ibu bapa.
“Kita dilahirkan ketika negara sedang di dalam fasa membangun dan kebanyakkan daripada kita adalah golongan miskin.
“Kemudian, bila kehidupan kita sudah menjadi, anak-anak ini tidak melalui fasa kemiskinan. Mungkin masih ada lagi yang miskin tapi kesusahannya berbeza berbanding zaman dahulu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Untuk Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘Sifu & Aku’ baru-baru ini.
Katanya lagi, golongan muda masa kini kurang pendedahan tentang kepayahan hidup kerana segala kemudahan telah pun disediakan oleh ibu bapa.
“Jiwa mereka tidak diisi dengan keperihan, kesusahan dan penderitaan masa lalu. Ibu bapa zaman dahulu tak mahu anak mereka ketika ini berasa susah. Mereka tak ajar erti kesusahan dan terlalu menjaga anak-anak.
“Sebagai contoh, mereka tak bagi anak bermain di tepi longkang atau tempat-tempat berbahaya. Silap-silap, ayam pun mereka tak pernah jumpa. Tahu makan sahaja.
“Pada saya, pembelajaran tentang kehidupan itu tidak ada. Mereka tidak merasai pengalaman itu,” ulasnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan jolokan sifu ini turut berpandangan segelintir anak muda masa kini kurang minat untuk mendalami ilmu sastera.
“Konsentrasi kita hanya terletak kepada pembangunan materi. Kalau kita tanya kepada golongan muda ini, adakah mereka berminat dengan sastra?
“Kalau boleh tak nak pandang pun pendidikan sastera itu. Mereka tak faham mengapa perlunya pendidikan sastera dan penguasaan bahasa ini.
“Jadi, kita tak dapat nak hasilkan artis-artis yang mampu mencipta lirik-lirik yang puitis. Maksudnya, ini semua salah mereka di zaman saya.
“Kita tak nak anak kita lalui apa yang kita lalui. Kita minta mereka belajar tinggi-tinggi. Pendedahan mereka juga kita kawal. Jadi, mereka tidak boleh berkarya. Tiada apa yang mereka nak perjuangkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram M. Nasir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI