MH pasti ramai yang meminati kumpulan nasyid, UNIC yang dianggotai oleh Bazli, Najdi dan Fakhrul.
Kumpulan nasyid ini sudah lama bertapak dalam industri seni tanah air namun disebabkan peredaran masa muzik nasyid tenggelam seketika.
Sejak pertandingan program realiti, Gema Gegar Vaganzar tahun lalu, muzik bergenre ketuhanan diangkat kembali dan mula mendapat tempat di hati penonton.
Namun MH mendapat berita yang kurang baik di mana salah seorang ahli kumpulan UNIC iaitu Najdi telah menarik diri dari kumpulan tersebut.
Menurut sumber, Najdi berkata dia menarik diri daripada kumpulan untuk pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini kerana mempunyai masalah dengan Bazli.
“Saya mahu tarik diri sebab ada isu. Sebenarnya saya bergaduh dengan Bazli. Tak tahu nak cakap macam mana.
“Isu ini sudah lama dan saya rasa bekerja dengan Bazli sangat sukar sebab dia seorang yang suka cakap lepas. Bagaimanapun, saya tiada masalah dengan Fakhrul,” katanya kepada Harian Metro.
Rentetan daripada hal ini, MH cuba meninjau akaun Instagram milik Najdi dan terdapat postingnya yang menyatakan dia memohon maaf kerana tidak dapat bersama UNIC pada anugerah tersebut.
“Maafkan saya kerana tidak dapat bersama @unicofficials untuk #AN17 .goodluck guys ?,” tulis Najdi.
Terdapat satu lagi posting Najdi yang paling terkini, dia telah berkongsi satu screenshot mesej yang dihantar kepadanya bertanyakan apakah benar Najdi akan menarik diri daripada anugerah nasyid tersebut dan akan masih kekal bersama UNIC.
Di ruang kapsyen pula Najdi telah menulis satu ayat yang menyatakan dia sudah lama tidak berpuas hati. Tapi dengan siapa tidak pula MH ketahui.
“Aku mmg dah lama tak puas hati dgn kau,” tulis Najdi di kapsyennya.
Apapun MH doakan agar segala perselisihan faham antara Najdi dan Bazli dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Sumber: Harian Metro & Instagram Najdi UNIC