Bercerita kisah nama Chubb-E, bintang muda ini menjelaskan awalnya dia bingung kerana tidak tahu nama komersial yang apakah yang harus digunakan.

Lalu, dia mengambil keputusan menggunakan nama timangan sendiri sewaktu bayi sebagai nama pentas.

“Sewaktu kecil saya memang tembam dan daripada kecil orang memanggil saya chubby. Dan saya malas memikirkan nama pentas untuk digunakan, jadi saya mengambil keputusan menggunakan nama Chubb-E,” tulisnya.

Menduduki tangga kedua pada minggu kedua Dansa Dan Sing dengan jumlah markah 94.03 peratus, jelas jejaka dari Sabah ini, dia memerlukan pentas lebih besar bagi mengembangkan kerjaya dalam bidang seni.

IKLAN

“Namun akur, bukan mudah mahu membuang gelaran bintang kanak-kanak. Memang tertekan kerana sukar untuk buang persepsi sebagai bintang kanak-kanak. Namun sampai bila? Apabila berada dalam program kanak-kanak, saya kurang belajar perkara baru. Malah idea saya juga tidak berkembang.

“Niat saya sertai Dansa Dan Sing untuk lebih menyelami bagaimana suasana dalam pertandingan yang lebih besar,” jelasnya yang menceburi bidang seni sejak usia 14 tahun.

IKLAN

Biarpun bergelar selebriti, namun dia akui tidak gemar untuk mengemaskini akaun media sosial dan lebih mengutamakan soal kerjaya.

“Saya ini memang pelik sedikit. Saya tidak suka menggunakan media sosial dan tidak suka bermain game.

IKLAN

“Saya sangat komited dengan muzik. Saya jarang lakukan apa yang remaja lain buat,” katanya sewaktu sidang media Dansa Dan Sing.

Dansa Dan Sing dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza sementara juri tetapnya terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim.

Program berkenaan bersiaran secara langsung setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI