Berkongsi Igtv di laman Instagram, Mawar Rashid berkongsi pengumuman istimewa untuk peminat. Jelas Mawar dia bakal berkongsi tips kecantikan setiap hari Jumaat bersama pengikut di laman sosialnya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah setiap butir lograt Kelantan yang keluar daripada mulutnya.
“Pengumuman ke-2 terpenting❗
Patut memang Mawar nak post first Mawar Sharing Friday video malam ni, tapi I think tak sempat today, sebab nak edit dulu video tu. So stay tune! Follow @mawar.nakbantu and subscribe youtube Mawar kat link bio,” tulisnya.
Netizen rata-rata menyatakan keterujaan mendengar ibu kepada seorang anak ini berbicara gaya orang pantai timur.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid lahir dan membesar di Kota Bharu, Kelantan.
Foto : Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Derduet Bersama, Walau Sebumbung Lama,” – Dedikasi Liza Hanim, TokTi Syukur Duet Berjalan Lancar
Penyanyi popular Liza Hanim mengucapkan terima kasih kepada rakan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan kejayaan mereka membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), tempoh hari.
Liza menerusi Instagram turut berkongsi foto ketika sesi raptai persembahan khas buat tatapan peminat.
Menariknya, ini merupakan gandingan pertama mereka berdua di atas satu pentas selepas masing-masing sekian lama menceburkan diri dalam bidang seni.
“Nak abadikan di sini. Tak pernah berduet bersama, walaupun sebumbung lama, tapi tidak ditakdirkan. Di AIM 23 ditemukan, and my oh my it is sweet.
“Terima kasih berkongsi pentas bersama liza dear @ctdk precious memory was made last night,” tulis Liza pada ruangan kapsyen.
Sementara itu Siti di dalam platform sama turut memberikan memberikan dedikasi sama sejurus persembahan.
“Selesai tugasan menjayakan persembahan AIM23 bersama rakan seperjuangan saya (pernah sebumbung di SRC) @lizahanim79.
“Persembahan kami sempena penghargaan buat Mr Tan Su Loke atau Papa Tan yang menerima anugerah Sri Wirama kerana jasa dan pencapaian beliau sebagai pemilik syarikat rakaman dan melahirkan ramai penyanyi tanahair.
“Ini merupakan gandingan duet yang pertama buat kami berdua, syukur alhamdulillah, segalanya lancar,” tulisnya.
Siti dan Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu Jerat Percintaan, Gelisah Mimpi dan Cindai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Malas Nak Bercinta Lama-Lama,”- Kini Single, Julia Farhana Selesa Begini. Tapi Mengaku Masih Baik Sama Bekas Kekasih
Terdahulu, kisah percintaan pasangan pelakon sama cantik sama padan, Julia Farhana dan Erwin Dawson pernah menjadi perhatian peminat suatu ketika dulu.
Sebelum ini, Julia pernah menjalinkan hubungan cinta sama pelakon lelaki berkenaan.
Bagaimanapun hubungan hubungan tersebut tidak diteruskan ke fasa seterusnya atas alasan mahu beri fokus terhadap kerjaya masing-masing.
Bagaimanapun, difahamkan pasangan ini kembali menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.
Cuma kini, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin kembali sendirian dan hubungan percintaan dia bersama Erwin pun telah berakhir.
“Buat masa ini, saya mahu fokuskan kepada kerjaya dan karier saya sebagai seorang pelakon, jadi saya sendirian sekarang.
“Saya akui kami kini hanya sekadar berkawan baik bagaimanapun kami akan sentiasa ada untuk antara satu sama lain.
“Sekurang-kurangnya masing-masing bebas dan bila dah bersedia baru fikir pasal perhubungan atau kahwin,” katanya kepada MH.
Tambahan lagi, Julia mengatakan dia tidak gemar untuk menjalinkan hubungan percintaan dalam suatu tempoh yang terlalu lama.
“Sebab Ju pula jenis tak suka relationship lama lama, kalau nak lama tu, lebih baik sendiri.
“Dah ready nak ada serious relationship kahwin je malas nak bercinta lama lama,” jujur kata Julia.
View this post on InstagramA post shared by Erwin Shah Dawson (@erwin_dawson) on
Foto : Instagram Julia Farhana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shahrol Shiro Throwback Kisah Berhenti Kerja, Doa Kejayaan Namie Dalam Industri; “Restu Ibu Bapa Jangan Lupa.”
Keputusan anggota kumpulan UBI, Namie untuk meninggalkan kerjaya guru demi meneruskan minat sebagai anak seni nyata mendapat respon pelbagai daripada warganet.
Antara yang turut sama berkongsi pandangan mengenai isu ini termasuklah pelawak, Shahrol Shiro.
Menurut Shahrol, keputusan yang dibuat oleh Namie itu mengingatkannya kembali sewatu dia membuat keputusan melepaskan kerjayanya sebagai salah seorang pegawai di Jabatan Imigresen pada 2013.
Katanya lagi, setiap individu itu berhak untuk menentukan jalan hidup mereka sendiri.
“Sedang membaca artikel mengenai pendatang baru dalam industri komedi saudara Namie @namiesmy dari kumpulan UBI yang baru menjuarai MLS3 semalam.
“Tiba-tiba terlihat gambar lama di tepi meja sewaktu saya berkhidmat sebagai penjawat awam suatu ketika dahulu.
“Jalan yang sama dan saya telah sampai ke persimpangan itu dahulu. Antara kerjaya yang menjamin masa depan atau minat yang mungkin menjadi kerjaya tetapi tidak menjamin masa depan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang itu menerusi sebuah entri di laman Instagram.
Katanya lagi, meskipun ia bukan keputusan yang mudah, namun, dia tidak mahu hidupnya dihantui penyesalan
“Bukan mudah berada di persimpangan tersebut, ada suara yang menyokong dan ada yang membantah tetapi stereng itu ditangan kamu. Boleh kamu terus, belok ke kiri, ke kanan atau patah balik ke belakang.
“Bak kata sahabat saya, setiap orang pasti punya mimpi dan cita-cita. Sekuat apa pun kita cuba bunuh mimpi dan cita-cita kita, ianya tidak akan mati tetapi akan bangkit di usia tua dalam bentuk penyesalan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shahrol juga memberikan kata-kata seman selain turut mendoakan agar Namie akan terus sukses lagi selepas ini.
“Hidup ini tak lama, biar sampai kita menutup mata pastikan tidak ada apa yg kita sesalkan. Do what we love and Love what we do.
“Saya doakan beliau terus berjaya dalam apa jua yg ingin beliau kerjakan. Yang paling utama restu kedua ibu bapa dan jangan sesekali lupa pada yg maha esa. ‘Percaya Diri, Percaya Mimpi dan percaya Proses’,” akhirinya.
Semalam, Namie mengumumkan dirinya telah secara rasmi berhenti menjadi guru muzik dia sebuah sekolah kerajaan di Negeri Sembilan.
Namie yang menganggotai kumpulan UBI telah dinobatkan selaku juara Muzikal Lawak Superstar 3 dengan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,00 beserta trofi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI