Meski terpalit dengan isu sensasi baru-baru ini, pemilik Elrah, El Azman atau nama sebenarnya Mohd Himi Che Azman, 37, menegaskan kontroversi tersebut tidak menjejaskan jualan produknya.
Sebaliknya, jenama berkenaan terus mencatat peningkatan jualan, walaupun berada di penghujung Ramadan.
“Dalam dunia bisnes, bila kita semakin besar, ujian akan datang. Tuduhan ‘plagiat’ boleh merosakkan reputasi jika tidak ditangani dengan baik.
“Tapi satu perkara yang tidak boleh dipalsukan adalah jiwa jenama. Rekaan boleh ditiru, warna boleh disalin, tetapi nilai dan kepercayaan pelanggan adalah keunikan sebenar,”* katanya.
Ads
Jualan Melonjak
El turut memaklumkan, peningkatan jualan bukan berpunca daripada kontroversi, sebaliknya hasil strategi pemasaran yang agresif, termasuk pemilihan barisan artis tempatan serta jaguh Muay Thai terkenal, Rodtang dan Tawanchay, sebagai duta.
“Dengan pengambilan Rodtang dan Tawanchay, lebih ramai mula mengenali jenama kami. Pengaruh mereka memberi impak positif terhadap penerimaan jenama Elrah.
Ads
“Alhamdulillah, tahun ini kami berjaya mencapai sasaran jualan sebanyak RM250 juta sebelum Syawal,” jelasnya.
Malahm difahamkan, pasaran di Thailand mencatat jualan sebanyak RM70 juta, sementara kehadiran pempengaruh seperti Aisar Khaled dan Fadhli turut membantu meningkatkan jualan di Indonesia.
Ads
Dakwaan Plagiat Tak Berasas
Terdahulu, pada Selasa lalu, pempengaruh Tyra Kamaruzzaman mendakwa rekaan kain samping yang dikeluarkan oleh suaminya, Emran Rijal, telah diciplak oleh sebuah jenama pakaian Melayu terkenal.
Bagaimanapun, Elrah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa tuduhan itu tidak berasas serta tiada asas undang-undang yang kukuh.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Elrah menyatakan bahawa pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuduhan tersebut menjejaskan reputasi jenama mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri,19, mengharapkan doa yang baik-baik dari semua susulan perkahwinan mereka yang dibina pada usia muda.
Menurut Sofea, dia juga sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada bintang berusia 24 tahun itu.
“Bagi saya berkahwin ketika usia masih muda atau sebaliknya tidak salah pun. Sebab ia sesuatu yang baik. Malah dalam Islam pun kita dituntut untuk menghalalkan sesebuah hubungan.
“Cuma apa yang kami minta doakan yang baik-baik, semoga hubungan kami kekal hingga ke jannah walau berkahwin pada usia yang muda, insyaAllah,” katanya.
Sementara itu, Haqiem berasa lega apabila majlis ijab kabul dan resepsi sudah pun selesai dan berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.
“Apa yang kami impikan sebelum ini, yang bicarakan dulu akhirnya terjadi. Orang cakap ibarat mimpi yang menjadi kenyataan.
“InsyaAllah saya akan belajar untuk menjadi suami yang terbaik. Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke fasa ini dipermudahkan,” katanya.
Pasangan ini ditemui sejurus majlis resepsi mereka yang dilangsungkan di SkyGlass, Cyberjaya pada Jumaat.
Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berdepan dengan tempias populariti suami, Sofea menjelaskan dia sedia maklum akan situasi itu.
“Saya perlu bersedia memandangkan saya mengenalinya ketika dia sudah bergelar selebriti dan berada dalam dunia glamor. Saya tiada masalah bab itu.
“Saya sentiasa menyokong kerjaya suami,” katanya yang turut kagumi keperibadian suami.
“Dia seorang lelaki yang merendah diri meski dia selebriti yang dikenali. Bila isi masa bersamanya, saya rasa selesa. Malah saya senang dengan karektornya,” kata Sofea.
Tujuh tahun perkenalan, akhirnya mereka diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.
Pelakon Farah Nabilah telah selamat bergelar isteri kepada Mohamed Amirul Yunus malam tadi di Mutiara Ballroom, Royal Chulan,Damansara.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Saipuddin Ahmad, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Daerah Petaling, Mastori Marsidi.
Berkongsi detik ketika majlis berlangsung,Amirul ada cerita sendiri.
“Saya cuba menghafal banyak kali skrip sebelum akad nikah, tapi bila tiba masa kemuncaknya malam ini, tak sama sebab jantung saya berdengup sangat laju.
“Tapi apa pun Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja dan semuanya berjalan lancar,” kata Amirul kepada MH selepas majlis akad nikah.
Pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek turut menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing serta wang hantaran bernilai RM77,777.77
Malah, angka tersebut membawa simbolik cinta mereka.
“Saya mengambil angka tujuh untuk nilai wang hantaran itu kerana ia nombor kegemaran.
“Tak sangka, angka tujuh itu juga merupakan simbolik tempoh percintaan kami selama tujuh tahun,” ujar Farah selepas majlis akad nikah.
Saling memahami kerjaya masing-masing, Farah dan pasangannya yang merupakan seorang juruterbang ini menganggap bahawa hubungan mereka sangat kuat dan itu merupakan perancangan Allah.
“Kami mengambil masa yang agak lama juga iaitu selama tujuh tahun kerana tugasan dan kerjaya masing-masing.
“Kahwin ini perlu dirancang sebaik mungkin sebab ia melibatkan jangka masa yang panjang antara kita dengan pasangan.
“Rancangan Allah sangat indah dalam mengatur kehidupan kami,” akhiri Farah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota kumpulan Kpop Astro, Moonbin ditemui mati di kediamannya di Gangnam, Korea Selatan pada kira-kira jam 8 malam waktu tempatan pada malam Rabu.
Kematian Moonbin, 25, disedari pengurusnya yang menemukan dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa..
Menerusi siasatan awal yang dilakukan, punca kematian Moonbin adalah disebabkan bunuh diri namun pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.
Agensi pengurusan Moonbin, Fantiago menerusi satu kenyataan media turut berduka cita dengan kematian bintang muda itu.
“Kami juga turut berduka atas berita mengejutkan ini. Namun ia tidak dapat dibandingkan dengan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan Moonbin.
“Kami juga memohon semua untuk menghormati keluarga dan tidak menyebarkan berita tidak benar tentang kematian ini.
“Pihak keluarga akan mengadakan majlis pengebumian secara tertutup,” kata kenyataan tersebut.
Moonbin menyertai kumpulan Astro pada tahun 2016.
Selain Moonbin, adik perempuannya, Moon Sua, 24, turut bergelar seorang penyanyi dan merupakan anggota kumpulan Billlie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Singapura, Shaun Chen, berdepan detik paling menyayat hati apabila bapanya yang berusia 84 tahun meninggal dunia selepas...