Filem bergenre seram, budaya dan fiksyen, Sumpahan Jerunei terbitan Produksi Seni 2020 Sdn Bhd berjaya memenangi enam trofi di Florence Film Awards, Itali dan Paris Film Awards, sekali gus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Penerbit bersama filem, Datin Wendy Wong berkata, dia dan rakan kongsi, Datuk Nancie Foo bersyukur filem arahan Jason Chong itu mendapat pengiktirafan di peringkat global selepas berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Memang menjadi hasrat kami membawa filem Sumpahan Jerunei yang mengangkat kisah adat dan budaya unik kaum Melanau di Sarawak ke peringkat global dengan menghantar penyertaan ke tujuh festival antarabangsa.
“Syukur, Alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil apabila filem Sumpahan Jerunei mendapat lima anugerah di Florence Film Awards yang berlangsung di Tuscany, Itali dan satu lagi anugerah di Paris Film Awards,” katanya.
Mengenai anugerah itu, kata Wendy, filem Sumpahan Jerunei diumumkan memenangi lima anugerah membabitkan pelbagai kategori utama di Florence Film Awards pada Mei lalu.
“Lima anugerah diterima membabitkan kategori Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik (Jason Chong), Sinematografi Terbaik (Haris Hue Abdullah), Muzik Skor Asal Terbaik (Sharon Paul) dan Penerbit Terbaik (Wendy Wong dan Nancie Foo).
“Manakala, satu lagi anugerah menerusi kategori Filem Cereka Terbaik di Paris Film Awards pada Mac lalu,” katanya.
Ads
Tidak ketinggalan, kata Wendy, filem Sumpahan Jerunei turut terpilih untuk tayangan perdana sempena Julien Dubuque International Film Festival di Amerika Syarikat pada Mei lalu.
“Sumpahan Jerunei belum siap ‘final cut’ selama 115 minit juga terpilih untuk tayangan pada Festival Filem Busan di Korea.
“Lebih memberangsangkan, filem Sumpahan Jerunei ditayangkan sempena malam pembukaan Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa Asean (AIFFA) 2023 di Kuching, Sarawak, baru-baru ini,” katanya.
Ditanya mengapa merahsiakan kemenangan, kata Wendy, dia hanya mahu menguar-uarkan kemenangan filem Sumpahan Jerunei selepas filem ditayangkan dengan membuktikan kelebihan dari segi aspek sinematografi dan pengarahan bagus.
“Kami mahu membuktikan kepada pengarah kesan khas imej janaan komputer (CGI) dari Hollywood yang pernah melakukan kerja separuh jalan bahawa kami tidak bertanding dari aspek CGI,” katanya.
Ads
Sementara itu, mengulas isu bersama pengarah CGI itu, kata Wendy, pihaknya sedih dan kecewa kerana filem itu ‘dirosakkan’ oleh pengarah CGI terkenal dari Hollywood.
Menurut Wendy, pihaknya sudah mengeluarkan bajet besar mencecah ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan khidmat pengarah yang pernah memberi sentuhan kepada filem hebat seperti Harry Potter dan Spiderman itu.
“Secara tiba-tiba pengarah CGI yang buat ‘design’ untuk filem ini meninggalkan kerja separuh jalan dengan alasan tidak boleh bekerja dengan pengarah filem.
“Pengarah CGI itu memberitahu mampu buat filem Sumpahan Jerunei menang besar, asalkan nama pengarah Jason Chong dibuang daripada filem ini,” katanya.
Ads
Namun, kata Wendy, dia dan Nancie tidak bersetuju dengan permintaan pengarah CGI itu.
“Pengarah CGI itu terus meninggalkan kerja separuh jalan hingga kami terpaksa mendapatkan khidmat kesan khas dan 3D dari kalangan orang tempatan untuk menyambung kerjanya yang tidak siap,” katanya.
Filem Sumpahan Jerunei menampilkan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Sumpahan Jerunei menemui penonton di seluruh pawagam bermula hari ini (27 Julai).
Diva Indonesia ini bakal menimang cucu pertama tidak lama lagi. Anak sulungnya hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Anang Hermansyah, Tatiana Aurelie Hermansyah kini sedang sarat mengandung tujuh bulan hasil perkongsian hidup dengan pempengaruh media sosial terkenal, Atta Halilintar.
Hari ini menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya, Krisdayanti telah menghadiri majlis mitoni anak perempuannya itu yang diadakan dalam suasana cukup mewah dan penuh tradisi di sebuah hotel terkemuka di Jakarta Selatan pada Sabtu, 18 Disember 2021.
Kredit foto: Instagram Aurel Hermansyah/ Eternize.Id
Majlis ini diadakan sempena kandungan Aurel mencecah usia tujuh bulan mengikut adat Jawa. Setelah anaknya melalui episod duka keguguran kandungan pertama, semestinya kehadiran cahaya mata yang bakal dilahirkan itu akan membawa seri kepada keluarga besar wanita berusia 46 tahun ini.
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya anak perempuan pertamaku yang kini sedang berjuang melengkapi dirinya sebagai seorang ibu. Ya Allah, jadikanlah bayi dalam kandungannya orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah dia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik,” ujarnya dalam satu hantaran Instagram.
Kredit foto: Instagram Krisdayanti/ Atan Lemos Photography
Krisdayanti yang cantik berkebaya rona merah jambu muda corak bunga penuh itu dilihat menyiram kandungan puteri sulungnya itu dengan air dan kemudian melumurkan himpunan kelopak bunga di bahagian perut.
Sekadar informasi, hasil pengkongsian hidup dengan bekas suami, Anang Hermansyah, pelantun lagu Meniti Hari ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aurelie dan Azreil yang kini masing-masing berusia 23 dan 21 tahun. Manakala perkahwinannya yang terkini bersama Raul Lemos turut dikurniakan dua cahaya mata, Amora dan Kellen yang kini berusia 10 dan 9 tahun.
Kredit foto: Instagram Aurel Hermansyah/ Eternize.Id
Apakah Majlis Mitoni?
Untuk pengetahuan pembaca, mengikut sumber, upacara Mitoni ini merupakan sebuah upacara turun temurun dalam adat Jawa yang dijalankan bagi menandakan kandungan seseorang wanita memasuki usia tujuh bulan.
Kredit foto: Instagram Krisdayanti/ Atan Lemos Photography
Dipercayai pada usia ini, anak dalam kandungan sudah memiliki jiwa dan keselamatannya harus dijamin. Bagi masyarakat Jawa, upacara “Mitoni” merupakan rantaian pusingan hidup masyarakat yang dilakukan hingga ke hari ini.
Susulan dakwaan bertindak kasar sehingga mencederakan bekas tunang, ruang Instagram Syafie Naswip dipenuhi komen netizen yang turut membuat spekulasi pelakon ini mempunyai kecenderungan seksual terhadap kaum sejenis.
Ia makin hangat diperkata berikutan beberapa portal hiburan melaporkan Syafie didakwa bertindak kasar terhadap bekas tunangnya, Aishah Azman selepas wanita ini menasihati Syafie agar menghentikan hubungan songsang dengan kenalan.
Malah, laporan polis juga telah dibuat bagi kes mengasari wanita berkenaan.
Netizen terus membanjiri ruang komen pelakon Songlap ini mempersoal spekulasi yang sedang bertebaran.
Terdahulu, pelakon ini disiasat kerana mencekik dan menumbuk mulut dan muka bekas tunang hingga berdarah dalam satu kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2019 sekitar jam 9.00 pagi.
Pasangan ini bertunang pada 7 April lalu dan dikatakan bakal mendirikan rumah tangga, akhir tahun ini, sebelum menutuskan pertunangan mereka.
Foto : Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kesal, dipercayai terhadap kenyataan seorang individu yang didakwa telah memperlekehkan beberapa jurusan seni di universiti.
Menerusi satu perkongsian...