Program hiburan realiti popular, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dilanjutkan satu minggu lagi dan konsert akhir akan dilangsungkan pada 27 November depan.
Pengumuman tersebut dibuat hos tetapnya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein segmen awal program.
“Istimewa untuk semua, GV9 akan ditambah lagi satu minggu. Menjadikan konsert akhir dianjakkan kepada 27 November 2022.
“Suku akhir malam ni tak jadi dik” kata Elly.
Kejutan tersebut turut menerima sokongan daripada penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, GV9 mula bersiaran 18 September lalu menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50,000.
Manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Kesemua bintang edisi ini dinilai oleh ketua juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI