Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia musim ketiga sekaligus melancarkan buku Pesona Kebaya-Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Ahad lalu.
Turut berkenan berangkat pada acara itu ialah Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato Agil Natt, Pengarah Urusan MyCar, Datuk Noor Sheena serta Pengerusi Precious Of Malaysia yang juga pereka feysen, Jonathan dan Farel Mikhail.
Menurut Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara FM Group, mereka menyifatkan kesudian Sultanah Nur Zahirah yang berkenan merasmikan program anjurannya sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
“Sehingga ke saat ini, kami berasakan kesudian Sultanah Nur Zahirah mencemar duli ke acara kami bagai sebuah mimpi yang menjadi realiti. Tidak pernah terbayangkan.
“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tim protokol Istana Terengganu kerana sudi mendengar hajat yang kami doakan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
“Semoga dengan perasmian Precious Of Malaysia dan pelancaran buku Pesona Kebaya ini menjadi satu momen indah buat kami. Tak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila,” katanya.
Menurut Farel, segala sindiran dan kata-kata sinis yang cuba melemahkan semangatnya selama ini akhirnya dapat ditepis apabila terbukti Precious Of Malaysia kini menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan anak muda.
“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami untuk terus memartabatkan budaya Malaysia.
Ads
“Sebenarnya bukan mudah apa yang kami lalui. Dipandang rendah, disindir, dilabel syok sendiri, ‘muka tebal’ dan bermacam-macam lagi.
“Kami ini bukan robot tapi manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kalau hati itu adalah kaca, dah lama dah berkecai tak dapat dicantum lagi.
“Namun, tuhan kuatkan semangat kami kerana arah tujuan kami jelas mahu mengangkat martabat budaya Malaysia yang menjadi identiti kita semua.
“Ditambah pula dengan kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli ke acara kami. Sungguh, gembira dan rasa syukur itu berganda-ganda,” ujarnya.
Ads
Sempena Precious Of Malaysia, FM Group telah menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang memberi peluang kepada para pelajar yang berlangsung pada 2dan 3 Ogos lalu di lokasi sama.
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani dinobatkan sebagai juara, Rashid Moshi naib juara dan UiTM (tempat ketiga).
Selain hadiah utama, ICFW turut mengumumkan barisan pemenang bagi 10 kategori lain iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer dan Promising Fashion Designer.
Turut diumumkan ialah pemenang bagi kategori Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedangmencipta nama dan tahun ini, mekanismenya sedikit berbeza.
Ads
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia dan Filipina
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga bakal menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Seperti diketahui, dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, amalan penjarakan sosial dinasihat untuk dipatuhi, khasnya apabila berada di kawasan publik atau bila berinteraksi bersama orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan Malaysia ada menetapkan syarat dengan menghadkan tetamu seramai 20 orang pada satu masa ketika menziarah ahli keluarga dan saudara-mara, bergantung kepada ruang kediaman.
Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong ada berkongsi sekeping foto ketika meluangkan masa bersama keluarga menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terkini penyanyi Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar majlis perkahwinan bersama isterinya yang dikenali sebagai Awin Nurin.
Kongsi Izzue, dia dan isterinya kini telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
Oleh itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah memberi ucapan dedikasi sangat ‘sweet’ buat isteri tercinta.
“Wahai Peneman Hati, saat pertama kali dahimu kucium, itu adalah yang paling indah yang tertanam dalam hidupku.
“Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh untuk menikmati saat indah di hari ini.
“Bukan sedikit pengorbanan yang kita lakukan demi mengejar secebis kebahagiaan yang kita impikan.
“Siulan mulut orang kita pekakkan, malah tali ini semakin erat terikat. Happy 7th Anniversary @awinnurin 2013 – 2019”tulisnya.
Penyanyi dan pelakon, Zarul Husin memberikan pendapat selepas ditanya berhubung isu bertelagah melibatkan sesama artis tanah air yang hangat diperkatakan di media sosial.
Sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam dunia nyanyian lebih 20 tahun, Zarul atau nama lengkapnya, Zairulkefli Husin ini mengakui berasa kesal apabila melihat situasi sedemikian berlaku di kalangan artis tanah air.
“Sejujurnya, saya berasa kesal apabila melihat sesama artis bergaduh antara satu sama lain. Bila buat sesuatu keputusan dalam keadaan marah, ada kesannya.
“Pada pendapat saya, sebagai orang lama nasihat saya kepada artis yang nak bergaduh sesama artis fikirlah dengan sebaik-baiknya sebab industri ni kecil. Pusing-pusing kita akan berjumpa balik.
“Kita ni hidup pun tak lama, esok lusa kita pun tak tahu kita ada lagi atau tidak, jadi memaafkan sesama kita adalah lagi penting bagi saya. Hidup dengan aman damai, berkasih sayang antara satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 47 tahun ini berkata sudah menjadi asam garam kepada golongan selebriti berdepan dengan kecaman.
Meskipun begitu, pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini tidak mahu bersikap berdendam dengan sesiapa sahaja.
“Macam saya, ada juga orang yang beri kecaman atau komen yang negatif pada saya. Tapi saya tak mahu berdendam dengan sesiapa pun.
“Sejujurnya, saya tak suka lagipun kita ni bukan hidup lama dekat dunia ni. Mahu berdendam nak bawa pergi mana kan? Jadi saya bertenang sahaja,” katanya lagi.
Dia pada masa sama turut selesa hidup dalam lingkungannya sendiri kerana ia sedikit sebanyak mengelakkannya daripada terjerumus dalam hal sedemikian.
Dalam perkembangan lain, Zarul baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Sepenuh Hati ciptaan komposer Ajai dan penulis lirik oleh Iman Imran.
Kongsi Zarul, dia berasa teruja serta gembira apabila impian untuk berkerjasama dengan Ajai akhirnya tercapai.
“Saya sebenarnya dah cuba untuk berkerjasama dengan Ajai pada tahun 2013 lagi tapi pada ketika itu mungkin belum ada rezeki saya.
“Seperti yang kita tahu, Ajai seorang komposer yang pernah menang beberapa anugerah jadi saya berbangga bila dapat berkerjasama.
“Bila dapat peluang seperti inu, saya rasa ia satu rezeki juga,” katanya ketika sesi sidang media single berkenaan yang dilakukan secara virtual pada Selasa.
Foto: Instagram Zarul Husin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...