“Sumayyah Masih Tak Memahami Kenapa Ayah Tidak Tinggal Bersama Mamanya,” – Datin Patimah

Share

Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meluahkan perasaan sedih mengenangkan dua cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berikutan kemelut rumah tangga yang melanda ibu bapa mereka.

Menerusi luahan di InstaStory, Patimmah mengatakan Sumayyah masih tidak memahami kenapa bapanya tidak lagi tinggal bersama ibunya, Puteri Sarah Liyana.

“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah (Syamsul) tidak tinggal bersama mamanya (Puteri Sarah).

“Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Patimah turut mendoakan yang terbaik buat menantunya, Puteri Sarah serta memohon agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa individu yang telah meruntuhkan masjid anak dan menantunya itu.

“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana, Engkau Maha Mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang runtuhkan masjidnya,” luah Patimah lagi.

Ketika ini prosiding mahkamah melibatkan lafaz talak cerai di antara Syamsul dan Puteri Sarah masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar