Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya. 

Posting tersebut dimuat naiknya beberapa jam lalu. 

Menariknya, pengarah yang terkenal dengan filem KL Gangster itu telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya matanya yang kedua.

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki..Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.”

IKLAN

“Kalini Allah kurniakan kami anak perempuan yg diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.”

“Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan.. #tangisanKesyukuran” tulisnya. 

IKLAN

Lantas, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian peminat lalu mengucapkan tahniah kepada Syamsul. 

“Sumayyah Mohd Syamsul Nama Diberi,”- Tahniah! Syamsul Yusof Selamat Timang Cahaya Mata Kedua “Sumayyah Mohd Syamsul Nama Diberi,”- Tahniah! Syamsul Yusof Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

IKLAN

Syamsul Yusof atau nama sebenar Mohd Syamsul Bin Mohd Yusof telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon, Puteri Sarah Liyana dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Syaikhul Islam.

MH mengucapkan tahniah kepada Syamsul kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua. 

Foto : Instagram Syamsul Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI