“Sumpah Baju Ni Selesa Dia Tahap Teruk Tau,” – ‘Pergi Buat Selamanya’, Baju Basahan Paling Selesa Indah Ruhaila Dah Koyak Rabak!

Share

Penyanyi Indah Ruhaila hari ini berkongsi kisah lucunya bersama peminat di Instagram apabila bertanya sama ada pernah atau tidak memiliki persalinan harian yang selesa dipakai meski ia sudah koyak.

Perkara tersebut ditanya penyanyi lagu Pudar itu menerusi Insta Stories.

“Korang pernah tak ada baju rumah yang korang suka dan selesa sangat pakai walaupun dah koyak. I got one!,” tulisnya.

Di dalam status seterusnya, Indah memuat naik pakaian kesukaannya yang jelas memaparkan koyakan yang teruk.

“Hari ni dia dah pergi buat selamanya hahahaha! Sumpah la baju ni selesa dia tahap teruk tau. Last semalam cuci, tengok keluarkan dari washing 

machine dah makin parah.

“Abang gelak sampai pecah perut. Actually abang banyak kali dah suruh buang, tapi hari ni terpaksa buang sebab baju tu dah jadi roti kirai awak sedihnya. L ebih 10 tahun hidup bersama! & #RIPmycomfynightdress,” tulisnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH