Pelakon Fazren Rafi ada menitipkan ucapan manis buat isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Paling mencuri perhatian, Fazren juga pasang hasrat untuk memiliki seramai 9 cahaya mata.
Di samping itu, bintang drama bersiri Pengantin 100 Hari ini turut mengimbau foto saat diijab kabul bersama isteri di akaun Instagram miliknya.
“Happy anniversary sygku.. sumpah i x nk byk nk 9 je lg, 5 lg to go boleh kan..? Moga status suami isteri sayang menyayang sakat menyakat kekal sampai salah seorang dr kita x ada lg di muka bumi.
”I sendiri terkejut tgh membaca mengkaji pasal hire purchase muncul dlm fb pic2 1mei (terima kasih fb) kerana dirimu membuatkan diriku nampak hebat bukan pelupa.. akhir kata, tiada kata yg dpt ku ungkap kan bertapa diriku mencintai dirimu.. @symarlina,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fazren mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Marlina Asyikin pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Rizqin Uwais, Rizqeen Humaira, Rizqin Haqq dan Rizqin Qayyum.
Foto: Instagram Fazren Rafi