Sumpah ciptaan Naim Daniel Dan Omar K, diumum sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi bersama baucer CJ Wowshop sebanyak RM10,000.
Naib juara AJL34 pula milik Budak Flat yang dinyanyikan Aman sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan juga baucer CJ Wowshop bernilai RM5,000.
Tempat ketiga milik lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penampilan khas.
Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucer CJ Wowshop bernilai RM3,000.
Manakala Persembahan Terbaik pula disandang Hafiz Suip menerusi persembahan lagu Kisah Cinta Kita
Ads
Penyanyi asal Sarawak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, baucer CJ Wowshop dan trofi.
Hafiz Suip turut dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang RM12,000.
Haqiem Rusli menerusi lagu Lembah Kesepian pula dipilih sebagai Anugerah Pilihan Peminat Setel.
Ads
AJL34 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq.
Persembahan pembuka AJL 34 diserikan dengan persembahan para pemenang vokal terbaik AJL lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.
Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.
Ads
Kesemua lagu di AJL34 diadili 10 juri profesional iaitu Ajai selaku ketua juri, Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi dan Cat Farish menggantikan arwah Lok-U.
Neelofa sebelum ini ada membuat ramalan tersebut menerusi media sosial, awal semalm.
Foto: Instagram Hatta Dolmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang versatil, Elly Mazlein ada berkongsi kisah selain mendedahkan keperibadian vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad yang turut hadir meraikan majlis nikah dan resepsinya, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Akim yang dilihat tiba mengenakan baju-T putih hadir ketika majlis hampir bersurai dan sepatutnya, vokalis itu membuat persembahan pada majlis raja sehari bintang Kampung People itu.
“Ada cerita sebenarnya, sangat tersentuh bile tiba2 nmpak Akim dtg, masa tu tetamu da balik. Suami & kakak lina tgh buat photoshoot.
”Sebenarnya Akim di antara yg buat persembahan di malam Nikah kami dan kebetulan pulak hari yg sama Akim terlibat dgn Show case AJL.
”Kata kakak lina dkat Stacy ” xpe love, Teruskan ke show case AJL sbab AJL adalah tugasan. Doakn kebahagiaan buat Kakak lina & Suami dari Jauh pun da cukup memadai”.
”Dan tiba2 ternmpak kelibat Akim dlm dewan dari Jauh, berjln terus ke pentas dgn keadaan yg masih berpeluh. Rasa nak gugur air mata tgk kesungguhan Akim utk memenuhi janjinya,” tulisnya.
Elly pada masa sama turut bercerita mereka saling bersalaman dan kebetulan hari jadi Akim sama dengan tarikh nikah Elly dan suami.
“Kami bersalaman Dan ambil gambar. Akim ucapkan Tahniah buat Suami & kepom. Kakak lina pulak, nyanyi lagu happy birthday buat Akim.
”Kalau nak tau Birthday Akim sama date dgn date Wedding kakak lina. Selesai bersalam Dan Akhir sekali Akim hulurkan hadiah Sampul putih buat kami.
”Buat susah2 je Akim. Apa2 pun Suami & kakak lina Doakn semoga Allah permudahkn urusan mu Akim. Cuma nak bg tau, Akim & Stacy sgt baik, berbudi bahasa, hormat org apabila berbicara.
”Moga kebahagiaan milik kamu berdua Dan family.. Untung mengenali kamu berdua. Jaga diri @akimahmad @stacyanam. InsyAllah kite jumpa nnti. Kakak syg kamu berdua dik,” kongsi Elly panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat memuji sikap Akim dan isteri kerana menghargai erti persahabatan dan sikap profesional penyanyi berkenaan.
Malah, entri tersebut turut mendapat respon dari Akim sendiri.
Terdahulu, Elly dan pasangannya, Mohamad Azlan selamat diijabkabulkan pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal hari ini, Tomok berkongsi kisah lucu melibatkan salah seorang anaknya yang mendapat keputusan cemerlang di dalam salah satu kertas ujian yang diduduki.
Bagaimanapun, apa yang lucunya nama bapa yang ditulis si anak cukup menggelikan hati netizen.
“Alhamdulillah..ada paper yg ok ada yg kena di pertingkatkan lagi..kena banyak buat ulangkaji.
“Tapi kenapa nama ayah tulis macam tu? bukan nama penuh..kau ingat ustazah nak bagi markah extra ke?,” tulisnya.
Lalu perkongsian tersebut mendapat reaksi netizen yang pelbagai dan rata-ratanya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Tomok.
Foto: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor menyampaikan berita sedih apabila memaklumkan ibunya, Puan Hajjah Norlia Abd. Majid telah meninggal dunia sekitar jam 12.30 malam tadi.
Perkongsian tersebut dinyatakan penyanyi Terlalu Istimewa itu menerusi media sosial, sebentar tadi.
“Assalamualaikum wrt wbt. Ibu kami, puan hajjah norlia bt. abd. majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1230 malam tadi,” tulisnya.
Kongsinya lagi, jenazah ibunya akan dibawa ke Masjid Al-Ansar jam 9.00 pagi ini.
“Jenazah akan dibawa ke masjid al-ansar, taman keramat pada jam 9pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan,” kongsi Adibah.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat serta rakan artis turut menitipkan doa dan sedekahkan al-Fatihah.
Salam takziah buat Adibah seisi keluarga dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan yang beriman.
Foto: Instagram, Facebook Adibar Noor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!