Sumpah ciptaan Naim Daniel Dan Omar K, diumum sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur ‪pada malam Ahad‬.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi bersama baucer CJ Wowshop sebanyak RM10,000.

Naib juara AJL34 pula milik Budak Flat yang dinyanyikan Aman sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi dan juga baucer CJ Wowshop bernilai RM5,000.

Tempat ketiga milik lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Anta Permana yang dinyanyikan Bob Yusof dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penampilan khas.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan baucer CJ Wowshop bernilai RM3,000.

Manakala Persembahan Terbaik pula disandang Hafiz Suip menerusi persembahan lagu Kisah Cinta Kita

IKLAN

Penyanyi asal Sarawak itu membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, baucer CJ Wowshop dan trofi.

Hafiz Suip turut dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekali gus membawa pulang RM12,000.

Haqiem Rusli menerusi lagu Lembah Kesepian pula dipilih sebagai Anugerah Pilihan Peminat Setel.

IKLAN

AJL34 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq.

Persembahan pembuka AJL 34 diserikan dengan persembahan para pemenang vokal terbaik AJL lalu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami.

Persembahan interlude AJL 34 pula akan menampilkan karya-karya balada M.Nasir yang disampaikan oleh Ameng Spring, Fredo, Datuk Hattan, Datuk David Arumugam, dan Datuk M. Nasir sendiri.

IKLAN

Kesemua lagu di AJL34 diadili 10 juri profesional iaitu Ajai selaku ketua juri, Azmeer, Edrie Hashim, Dato’ Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Dato Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi dan Cat Farish menggantikan arwah Lok-U.

Neelofa sebelum ini ada membuat ramalan tersebut menerusi media sosial, awal semalm.

Foto: Instagram Hatta Dolmat

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI