Nampaknya isu rumah tangga pelakon, Ezrin Azminda bersama ahli muzik, Ude masih lagi belum reda daripada menjadi buah mulut orang.

Baru-baru ini MH ada ternampak satu posting Ezrin di Instagram meminta agar pihak yang membuat fitnah tentang dirinya untuk berhenti memfitnah.

Dalam perkongsiannya ini panjang lebar Izreen menluahkan rasa tidak puas hati dan marahnya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya tidak bertudung bersama suami di rumahnya malah Izreen juga berkata dia akan mengambil tindakan kepada sebuah akaun Instagram yang menyebarkan gambarnya itu.

Ads

‘Sungguh Tidak Bermoral Perbuatan Manusia Berhati Binatang’ – Izreen Azminda

“Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan… Diam tidak beerti salah dan takot.. Cuma memberi ruang utk kesemua pihak yg terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa.. tapi rupanya tidak sama sekali seperti yg disangkakan!! Malah bertambah teruk..!!!!! Dan terkini tersebar pula gambar peribadi saya dirumah bersama suami yg tidak bertudung… Nama pun kat rumah…takkan nk pakai jubah!!! Bukan gambar diluar!!! Dan telah memfitnah gambar itu diambil sebelum kitaorg berkahwin oleh salah seorang kawan yg dtg kerumah saya..tapi yg peliknya..takdak seorang pun lagi kawan saya pernah jejakkan kaki ke rumah tu..? ker ada manusia yg sejenih gigih duplicate kunci semata-mata untuk masok ke rumah itu dgn niat yang tidak baik ketika saya dan suami tidak ada dirumah… Wow awak sgt hebat…!! Apa yg awak dapat sebenarnya??? Dapat duit???? Dapat kereta? Dapat rumah? Sungguh tidak bermorallllll perbuatan manusia berhati binatang ini..dan untuk ig yg menyebarkan gambar ini..tunggu tindakan selanjutnya yg akan dikenakan keatas anda kerana menjatuhkan maruah saya…dan menyebarkannya disosial media…!!!! Sekarang bukan soal “kalau tak salah takkan melenting”!!! Yg buat melenting ni sbb gambar tu gambar peribadi bersama suami!!! Kalo bini no 2 pun dah kenapa kalau nk amik gambar romantik pun!!! Awak yg gigih sendiri cari gambar tu..awak nk letakkan salah kat sini pulak!!! Busuk punya manusia!! BERDOSA DGN TUHAN..BOLEH GIGIH LAGI SOLAT TAUBAT DAN SEBAGAINYA SELAGI DIBERI PELUANG BERPIJAK DIMUKA BUMI NI!!! DOSA DENGAN MANUSIA..?? MEMBUKA AIB..MENJATUHKAN MARUAH… MEMFITNAH..ATAUPUN MEMBUKA RUANG UTK ORG RAMAI MENCACI DAN MENGKEJI TERHADAP ORG TERSEBUT SECARA TERANG TERANGAN DI SOSIAL MEDIA MACAM MANA??!!!…MERANGKAK LA AWAK RAMAI2 NAK MINTAK AMPUN SELAGI ORG YG DIFITNAH TU TAK MEMAAFKAN TERUTAMANYA YG BERDOSA DENGAN IBU…DENGAN BAPA..ATAUPUN SUAMI..SEKIANNNNN!!!!,” tulis Izreen.

Difahamkan akaun yang memuat naik gambar Izreen dan suaminya itu mengatakan sumber gambar tersebut datang daripada salah seorang rakan Izreen yang telah datang ke rumahnya sebelum mereka berkahwin namun begitu gambar tersebut sudah pun dipadam oleh akaun berkenaan.

Ads

‘Sungguh Tidak Bermoral Perbuatan Manusia Berhati Binatang’ – Izreen Azminda

Ads

Apapun MH tumpang simpati buat Izreen kerana hari demi hari ada sahaja perkara yang harus dilaluinya lagi-lagi sejak kes perkahwinannya tersebar. MH harap Izreen bersabar dan sentiasa positif!

Sumber: Instagram Izreen Azminda & Izreen.Azminda_Perampas

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI