Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna memaklumkan dirinya kini sudah pun bercerai dengan suami, Muhamad Afify Sazali.
Menganggap jodoh mereka tidak panjang, Erynne atau Syazlynne Erynne Abdullah reda dengan segala takdir yang telah tertulis buat dirinya.
“Jikalau dahulu saya berkongsi berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan bekas suami saya.
“Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izinNya,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, Ogos lalu.
Ads
Katanya lagi, meskipun ujian ini berat untuk dilalui, namun Erynne percaya perancangan Allah jauh lebih baik.
“Segala puji bagi Allah. Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hambaNya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuannya,” kongsinya lagi.
Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, pelakon filem 8 Jam ini memaklumkan dia dan suami akan sentiasa berusaha untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak mereka.
Ads
“Apapun, bekas suami saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.
“Kami akan cuba sehabis baik untuk menjadi ibu bapa terbaik kepada Medinah dan memberikannya kasih sayang yang selayaknya. In sha Allah,” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran yang sama, Erynne turut merakamkan ucapan penghargaan buat suaminya diatas segala jasa sepanjang mendirikan rumah tangga.
Ads
“Kepada Muhamad Afiy, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk, memudahkan urusan, merahmati dan melindungi kamu serta keluarga.
“Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,” akhirinya.
Terdahulu, Erynne mendirikan rumah tangga dengan Afify Sazali pada tanggal 17 April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erynne Erynna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Serina Datuk Redzuawan mendedahkan lidahnya rasa kelu apabila diberitahu mengenai situasi kesihatan ibunya, Norhayati Ayub.
Difahamkan, salah satu kakinya terpaksa dipotong berpunca akibat kencing manis.
Ia sekali gus menyebabkan kakinya bertukar menjadi gangrine dan menerusi MRI, ia menunjukkan bahagian tersebut tidak dapat diselamatkan lagi kecuali dipotong.
Serina yang juga anak kepada chef selebriti, Chef Wan menerusi Instagram juga mengakui dia perlu kuatkan semangat untuk menerangkan hal tersebut kepada ibu tersayang selepas mendapatkan nasihat dari doktor yang merawat.
“Ya Allah..mula mula dapat berita pasal mama nak kena operate potong kaki, rasa berpusing dunia kejap. Jadi kelu tak boleh berkata kata, tak tau macam mana nak bagi tau pada mama hakikat ni, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu.
“I tau mama tentu kecewa & menangis. I kuatkan hati doa banyak pada Allah beri kekuatan, lepas i pujuk dan explain kenapa kena potong juga sebab nak selamatkan nyawa mama, dia boleh terima & redha. Dia nangis sedih.
“I peluk cium dia bagi semangat. Nak ucap terima kasih juga pada Abg @abibsyedali @scarlett_requiem Wawa datang lawat mama, beri motivasi & semangat .Moga Allah swt membalas jasa baik kalian.
“Doakan mama selamat operation ya semua. Ujian yg berat for me & keluarga. I redha atas ketentuan Allah SWT,” tulisnya.
Terdahulu, Norhayati Ayub yang juga bekas isteri kepada Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail mendirikan rumah tangga pada usia muda sebelum keduanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang anak iaitu Serina dan Mohd. Nadzri Redzuawan.
Foto: Instagram Serina Datuk Redzuawan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sepotong klip video yang sedang tular di Indonesia, Jasmin Hamid sempat bersenda memohon agar pengguna jalan raya tidak menikmati aiskrim sewaktu sedang memandu.
Video yang berkisar kepada seorang penunggang motosikal yang berhenti di garisan zebra dan sedang makan aiskrim, sebelum ditegur oleh penguat kuasa menerusi pembesar suara, cetus sensasi di negara jiran.
“Selamat sore. Kepada abang yang makan aiskrim, silakan mundur ya bang.
“Kepada ibu yang disampingnya dan kepada seluruh pengendara yang berhenti di zebra cross. silakan mundur.
“Dan kepada abang yang makan aiskrim, habisi dulu aiskrimnya ya bang. Baru jalan. Aduh manis sekali bang senyumnya.
“Tu kan di makan lagi aiskrimnya. Habisi dulu ya bang. Baru berjalan lagi. Nanti abang kenapa kenapa-kenapa di jalan.”
Turut terhibur dengan gurauan manja penguatkuasa wanita itu, Jasmin turut berpesan agar menghabiskan aiskrim sebelum meneruskan pemanduan.
“Kepada Abang yg makan es krim ☺ Makan es krim tu jangan sampai langar undang-undang jalanraya ya…mundurkan speda kamu di garisan yang harus di patuhi. Udah habis makan es krim baru jalan ya. . Hebat Bukan?”
Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn sering mendapat perhatian ramai dalam caranya mendidik dan membesarkan anak- anak.
Tidak terlalu garang dan tidak terlalu manja dalam mendidik anak-anak, Jozlynn (Johan & Ozlynn) pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Terbaru, Ozlynn ada memuat naik video yang memaparkan anaknya, Nur Latifah Chantiq Hanania sedang bercerita kisah dongeng dalam Bahasa Inggeris.
“Nak tgk full kalu g youtube laaa… panjang la cite dia.. aku dh la x pandai edit.. nak cut cane tah.. haaaaaa tgk la puas2…. kali nih dia cite anak babi lak kat aku🤣🤣🤣… layan kan je la yek… kira ok lagi…
“Dr abg ariq dulu kecik2… masa skolah cina.. beria dia balik nyanyi lagu kat aku.. siap bunyik2 skali.. abes aku canang kat org tu lagu skolah dia.. rupanya lagu pasal kisah babi jugak.. nasib nenek dorg cina paham bahasa.. kalau x mampuihhh smp kesudah aku ingat tu lagu rasmi sekolahhhh hareyyyy… 🤣🤣🤣 anak oh anak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ozlynn turut meluahkan rasa syukurnya kerana anak-anak adalah penghibur dan sentiasa doakan yang terbaik untuknya.
“Kalian penghibur mama n papa dan semua followers kita.. dorg slalu doakan yg baik2 utk anak2 mama.. jadi mama ambil peluang lepas solat subuh.. guna senjata anak2 mama utk doakan semua yg selalu doa yg terbaik utk keluarga kita,” tulisnya lagi.
Lalu, netizen kagum dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu yang petah bercakap dalam slang English-British.
Antara anak selebriti lain yang petah berbahasa Inggeris seperti Lara Alana (anak Awal Ashaari), Ammara Sofea (anak Azad Jazmin), Bella (anak Stacy), Ryan Sky (anak Ning Baizura) dan ramai lagi.
Video : IG Jozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!