Bersempena dengan sambutan ulang tahun ketiga platform penstriman dimsum November depan, sebuah konsert yang menampilkan sembilan artis popular dari Thailand, dimsum Thai Pop 2019 akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Bakal Datang Malaysia Sempena Konsert dimsum THAI POP 2019 Pertama!

Lebih menarik, ia bakal dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Sunny Suwanmethanont, yang popular menerusi filem Brother Of The Year yang ditayangkan sekitar tahun lalu.

IKLAN

Kini, nama bintang kacak itu kembali menjadi sebutan selepas drama terbarunya, My Ambulance meraih tontonan ramai di platform dimsum.

Turut sama mengambil bahagian dalam Thai Pop 2019 ialah kumpulan vokal 9BY9. Mereka dikenali menerusi drama lakonan bersama, In Family We Trust. Empat daripada ahli kumpulan 9BY9 akan menyertai konsert ini.

IKLAN

Mereka terdiri daripada vokalis Tor Thanapob Leeratanakachorn yang membintangi drama yang popular di Asia, Man of Vengeance; rapper Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram; dan juga vokalis Captain Chonlathorn Kongyingyong serta Ice Paris Intarakomalyasut.

Bakal mengambil tempat di IDEAL Convention Centre, Shah Alam, Selangor, pada 10 November 2019 pukul 6 petang, konsert dimsum Thai Pop 2019 turut dijayakan Sky Wongravee Nateetorn, Billkin Putthipong, Thanaerng Kanyawee Songmuang dan Pearwah Nichaphat Chatchaipholrat.

IKLAN

Tiket-tiket berharga RM2,000 (VVIP), RM599 (VIP), RM359 (PSI), RM299 (PS2), RM199 (PS3) boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my.

Pembeli tiket VIP berpeluang menyertai sesi hi-touch, mengambil gambar berkumpulan, sesi pentas belakang dan mendapat poster bertandatangan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI