Tahniah diucapkan kepada pelakon, Ruzana Ibrahim yang kini sedang hamil anak pertama selepas hampir lima tahun melayari bahtera rumah tangga.
Berita gembira itu dimaklumkan bintang berkenaan menerusi sekeping foto dirinya yang menampakkan ‘baby bump’ di Instagram.
“Sunsets and new beginnings,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, para peminat tumpang bahagia dan memberikan ucapan tahniah. Malah, rakan selebriti turut meninggalkan dedikasi masing-masing.
“Congratulations!!!! Alhamdulilah,” tulis Catriona Ross.
“Ya Allah alhamdulillah, im so happy for u gurl! Congratulations!,” ucap Erra Fazira
“Omg! Congratulations. Tak sabar nak tengok baby comel,” komen yang diberikan Janna Nick.
“Ahhh congratulations babe! Alhamdullilah may everything go smoothly,” tulis Hanna Delisha pula.
“Alhamdulillah,tahniah!!,” Aliff Satar beri reaksi.
Untuk rekod, Ruzana Ibrahim bergelar isteri kepada pasangannya, M. Fadhil Zakaria pada 11 Mac 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.