Awal petang tadi, pelakon cantik Rita Rudaini ada memuat naik foto keratan artikel sebuah akhbar mengenai dirinya yang bertajuk ‘Moga bertemu di akhirat’.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada penulis dan akhbar berkenaan, Rita sempat memberi pendapat dan harapannya terhadap dua anak pada bapa mereka.
Tulis Rita, masih ada pihak yang gigih untuk masuk campur dan gigih cuba burukkan dirinya dan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
“…Sbb ada dua tiga ekor dan pihak yg gigih masuk campor dan gigih cuba burukkan mommy pd daddy ryan n juna,xde masalah. Biarkan merekor2 itu 24jam pikirkan pasal sisturr n strategi utk hancur kan sisturr n segalanya….dgn izinNYA jugak, merekor lupa?,” tulisnya.
Pada masa sama, Rita turut berpesan kepada anak-anak, andai tidak dapat bersua muka di dunia, doa banyak-banyak supaya dapat bertemu di pintu syurga.
“Sisturr just pesan kt anak2 sisturr,klau xbersua muka di dunia, bole bersua di tempat lain….doa byk2 supaya dpt bersua muka dgn daddy di akhirat dan di pintu syurga…? amin….the end…..,” kongsi Rita.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan Aidil berkahwin pada 2008, namun berpisah pada September 2013.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI