Kalau sudah namanya jodoh, kemanisan sepanjang tahun 2022 pastinya menjadi momen terindah buat selebriti kita yang memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing tahun ini.
Meski ada yang secara terbuka mendedahkan perjalanan cinta, namun tak kurang yang membuat kejutan sebelum berkongsi berita perkahwinan mereka.
Istimewa, MH rangkumkan 14 perkahwinan artis tempatan kita yang menjadi sorotan wargamaya sepanjang tahun ini.
Heliza & Mahadi
Tanggal 1 Januari 2022, penyanyi Heliza Helmi menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman,di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Bintang berusia 36 tahun itu sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz seterusnya menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin serta senaskhah al-Quran.
Zulin Aziz & Farhan Norzaini
Tarikh 20 Februari 2022 menjadi detik manis buat pasangan ini apabila majlis ijabkabul berjalan sempurna di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI) pada ketika itu.
Wany Hasrita & Mohd Al-Adib Fahmi
Sama cantik sama padan, Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun ini.
Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat.
Lia Aziz & Arash Azimi Anuar
Penyanyi yang popular menerusi lagu Kucu Kuca, Lia Aziz, 19, selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Arash Azimi Anuar, 24.
Dengan hanya satu lafaz, pemilik nama sebenar Nor Alia Farzana Abdul Aziz ini diinikahkan dengan Arash yang merupakan pemain gitar kumpulan Treehill.
Lia dan Arash telah mengenali hati budi masing-masing selama lebih dua tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman sama dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Januari tahun sama.
Vanidah Imran & Arif Abdillah Idris
Ads
Vanidah Imran kembali bergelar isteri kepada Arif Abdillah Idris pada 7 Julai lalu selepas hampir empat tahun hidup bergelar ibu tunggal.
Pernikahan mereka telah dilakukan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Faizudz Saderi di Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Sharifah Amani & Syed Zainal Rashid
Sharifah Amani selamat bergelar isteri kepada Syed Zainal Rashid pada 10 September lalu, di dalam sebuah majlis yang dilakukan secara tertutup.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah JAWI, Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee serta berwalikan bapa pengantin perempuan.
Mendapat perhatian peminat, penyanyi Mas Idayu, 50, akhirnya bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada pagi Jumaat 16 September 2022.
Pasangan ini melangsungkan pernikahan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga terdekat dan pihak media.
Untuk rekod, Mas pernah berkahwin dengan aktor Aman Graseka pada 1997, namun bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan tersebut, Mas dan Aman dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ayiqa yang kini berusia 25 tahun.
Najwa Latif & Akwa Ariffin
Ads
Penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada 11 November 2022.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu.
Sweet Qismina & Adam Lee
Pasangan hero dan heroin menerusi drama Bidadari Salju ini selamat diijab kabulkan pada 24 Oktober dengan sekali lafaz.
Adam turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM2,410.97 sebagai simbolik kepada tarikh kelahiran Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 24.
Majlis pernikahan pasangan selebriti itu diraikan di The Boathouse, Ampang Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan media.
Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun percintaan.
Shahir Zawawi & Jaskin Jaludin
Shahir Zawawi, 34, selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin, 30, dengan mask kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.
Majlis pernikahan pasangan ini telah dilangsung kan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang pada 3 September 2022.
Ads
Syifa Melvin & Safawi Rasid
Pemain bola sepak kelab Johor (JDT) dan pasukan kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah selamat disatukan pempengaruh, Nur Shifa Athirah Amirol Melvin pada 28 November 2022.
Pada majlis ijabkabul, Safawi menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa, sementara wang hantaran tidak didedahkan.
Dai Syed & Hana Ismail
Memilih tarikh 3 Disember 2022, penceramah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Hana Ismail.
Majlis berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, dan dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.
Anita Baharom telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Garden Hall, Bizmilla One City Subang Jaya dan pengantin perempuan menerima tiga keping dinar emas sebagai mas kahwin.
Sebelum ijab dan Kabul berlangsung, majlis khatam al-Quran oleh pengantin lelaki turut diadakan dan Anita turut berharap agar perkahwinan kedua ini dapat memberikan kebahagiaan mereka sekeluarga.
Pelakon Fatin Afeefa bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Aliff Awang pada majlis pernikahan secara tertutup yang dipercayai diadakan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, pada Jumaat.
Difahamkan, pemilik nama lengkap Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dan pasangannya bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam tadi dengan sekali lafaz.
Meski tiada pengesahan rasmi daripada pasangan raja sehari, namun berita gembira itu turut dikongsi jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang menata rias bintang filem Tentang Bulan pada hari bahagianya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Kamal Adli turut terkesan apabila isterinya yang juga merupakan aktres, Uqasha Senrose sering kali menjadi mangsa sindiran netizen gara-gara masih belum dikurniakan zuriat.
Menurut Kamal, segelintir netizen memang beniat untuk menyakiti hati orang lain demi memenuhi keinginan pelik mereka.
“Saya memang kesian dengan dia. Saya pun dah bercakap dengan Uqasha untuk tidak kerap membaca komen di media sosial.
“Orang sekarang ini memang suka dan mereka hanya mahu memancing kita dengan memberikan respon terhadap komen-komen mereka itu.
“Mereka akan usaha berikan komen yang paling ‘pedas’ dan bangga bila kita berinteraksi bersama mereka,” katanya kepada MH.
Kamal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama terbaharu, B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit baru-baru ini.
Bintang kelahiran Hero Remaja 2007/08 ini memaklumkan dirinya harus sentiasa mengingatkan Uqasha agar tidak mempedulikan komen-komen negatif di media sosial.
“Yang faham situasi kami ini hanyalah saya dan Uqasha. Orang lain tidak akan faham apa yang kami lalui. Sebagai contoh, apabila Uqasha mengalami keguguran, hanya kami sahaja yang merasai perkara itu.
“Orang luar hanya tahu menilai dan mungkin mereka meletakkan dirinya mereka di tempat yang paling mulia. Saya pesan banyak kali kepda Uqasha untuk tidak pedulikan orang luar.
“Mereka tak peduli pun fasal kita. Fokus pada kerja dan kesihatan kita sahaja. Jangan kerja terlalu lasak sehingga boleh membahayakan kesihatan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Kamal akui agak risau dengan trend media sosial masa kini yang dipenuhi dengan orang-orang yang tidak jujur.
“Saya tak kisah Uqasha nak kongsikan apapun di media sosial tapi jangan peduli apa yang orang cakap kerana dia akan makan diri sendiri. Sebab itu juga saya jarang aktif di media sosial ketika ini.
“Makin hari, tingkah laku orang ramai makin pelik di media sosial. Saya tertanya-tanya mengapa mereka sebegitu? Dunia ini macam dah terbalik.
“Kalau mereka berkongsi fasal kehidupan mereka yang hebat contohnya dari segi kereta, pada saya, orang tidak akan berkongsi fasal perkara sedih atau susah.
“Jangan percaya apa yang ditunjukkan di media sosial kerana mereka hanya ingin menunjuk apa yang kita nak tengok sahaja. Mereka nakkan pujian. Banyak orang tak jujur di media sosial,” akhirinya.
Terdahulu, Uqasha dilaporkan telah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada 2022.
Sekadar informasi, Kamal dan Uqasha telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, penulis lagu dan penerbit, Yaph akui lebih selesa dengan penampilan misteri tanpa mendedahkan wajahnya kepada umum.
Menurut Yaph yang juga kata singkatan kepada ‘Yang Aku Panggil Hidup’, dia mahu orang ramai lebih menghargai karya muziknya berbanding identitinya sebagai seorang anak seni.
“Saya mula menceburi bidang muzik pada 2017. Pada ketika itu, saya memang tidak muncul di mana-mana dan hanya mempertaruhkan muzik saya sahaja.
“Bila saya ingin mengadakan konsert sulung, barulah saya tampil dengan imej wajah yang tidak didedahkan.
“Saya ingin membuktikan bahawa muzik ini boleh ke hadapan tanpa kita menunjukkan wajah atau menonjolkan diri.
“Ini bukan satu strategi pemasaran, memang saya lebih selesa berpenampilan sebegini,” katanya.
Yaph berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konset Yaph Danial Teman-Teman yang berlangsung di Ideas Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, penyanyi lagu Rehat Dan Rawat ini juga marakamkan penghargaan kepada peminat kerana menghormati identiti dan pendiriannya itu.
“Saya juga ingin tampil berbeza dengan penyanyi yang lain. Saya nak orang lebih menghargai karya seni saya.
“Setakat ini, semua peminat menghormati keputusan dan penampilan saya. Sama ada saya muncul atau tidak di khalayak, mereka masih nak dengar muzik saya.
“Saya juga nak menarik perhatian orang luar untuk turut mana meminati muzik saya. Bagi yang mengkritik, saya tidak mahu ambil tahu,” ulasnya lagi.
Jelasnya lagi, kebanyakkan muzik-muzik dihasilkannya lebih tertumpu kepada pengisian jiwa.
“Saya bermula dengan muzik Hip Hop tapi minat saya lebih kepada soul atau pengisian jiwa. Saya mahu hasilkan lagu-lagu penuh makna.
“Namun, saya juga ingin mencuba semua genre muzik tapi setakat ini fokus saya pada hip hop dulu,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Yaph berkata meskipun dengan penampilan penuh misteri, dia yakin dapat menarik peminat ke konsert ketiganya bertempat di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor pada 26 Oktober depan.
Berpengalaman menjayakan konsert solo sebanyak dua kali, penyanyi, Yaph berkata konsert yang dianjurkan oleh Silent Set Entertainment itu akan menyaksikan lebih dari 20 artis yang pernah berkolaborasi bersama Yaph sebelum ini.
“Dua tahun kebelakangan ini saya sudah mengadakan dua konsert solo termasuk beberapa konsert jelajah di beberapa negeri dan alhamdulillah kesemuanya ‘full house’ dan kira-kira lebih 3,000 pengunjung hadir pada kesemua konsert.
“Kali ini saya ingin bawakan teman-teman seperjuangan saya dalam menghasilkan muzik yang sudah melebihi tujuh tahun ke konsert saya sebagai tanda menghargai mereka selain mewar-warkan kepada penyokong saya yang hadir pada malam itu, mereka inilah antara peneman perjalanan muzik saya,” katanya.
Katanya lagi. konsertnya itu juga akan menerapkan elemen tradisional bersama hip hop sebagai satu keunikan konsertnya.
“Konsert ini menjanjikan lebih dari 27 lagu yang menggabungkan irama hiphop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia.
“Setiap lagu dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman muzik yang luar biasa, menghidupkan semula warisan budaya yang kaya dengan elemen-elemen kontemporari yang segar,” katanya yang turut mengakui konsertnya juga menerima dana daripada Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Venture Sdn Bhd.
Tiket sudah pun mula dijual bermula pada harga RM99 (Hening Malam), RM149 (Merayu Senja) dan RM249 (Menjelang Siang).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam, Shuib ada berkongsi kembali (repost) foto dari rakan baiknya, Jep lalu menitipkan catatan yang cukup syahdu, berkaitan dengan talian persahabatan di antara keduanya.
Menerusi Instagram, suami kepada Sarah Raissuddin itu menyatakan dia mengenali rakannya itu sejak berbelas tahun lalu. Malah dia turut mendedahkan panggilan Shuib yang diguna pakai sehingga kini merupakan nama pemberian Jep.
“Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya…?,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg..
“Dia kata nama tu sesuai utk aku…Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi”.
“Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak,” tulisnya.
Pada masa sama, Shuib juga memberitahu terlalu banyak perkara yang dikongsikan bersama dan yang paling tiada nilai ialah persahabatan yang kian matang.
“Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”.
“Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam… Pasti dan pasti tp tak tau siapa… Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini… SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU…. DUA YG MENYATU,” tulis Shuib panjang lebar.
Perkongsian yang mendapat hampir 40,000 tanda suka turut memberikan reaksi pelbagai dari netizen yang rata-ratanya memuji jalinan persahabatan di antara mereka.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...