Siri jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire membawa misi tersendiri dengan mencari pelapis seni baharu demi memperkasa industri hiburan tempatan.
Menerusi aktiviti KiraOke Suria yang dijalankan pada setiap lokasi jelajah, ia pastinya membuka peluang bukan saja untuk mencari penyanyi malah bakat lain termasuk penyampai dan pempengaruh.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, penyertaan yang diterima juga sangat menggalakkan sehingga hari ini termasuk mereka yang sanggup hadir dari jauh.
“Di Pulai Pinang saja kami menerima lebih 30 penyertaan awal sebelum disenarai pendek sehingga lima yang bersaing pada peringkat akhir yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM16,500 bagi tiga pemenang utama setiap lokasi.
“Kami juga terharu kerana ada peserta di Bukit Mertajam ini datang jauh iaitu dari Putrajaya dan Subang, Selangor untuk mencuba nasib.
“Lebih dari itu bakat yang kami cari juga bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga mereka yang ada personaliti dan bakat lain menerusi suara termasuk penyampai radio dan pempengaruh,” katanya.
Tambah DJ Lin, peluang untuk semua mencuba nasib masih terbuka di tiga lokasi lain iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ads
Sementara itu, Yaya Empire sebagai rakan penaja turut membawa misi mahu memartabatkan penyanyi dikir yang terkenal di Kelantan.
Pengarah urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa berkata, pihaknya membawa penyanyi dikir di setiap lokasi dalam usaha memperkenalkan mereka kepada peminat dan pendengar Suria FM.
Ads
“Kami mahu lebih ramai membuka mata dan menghargai bakat seni penyanyi dikir yang sangat terkenal di Kelantan dan turut popular di media sosial seperti TikTok.
“Kami sendiri di Yaya Empire memang sudah lama berkerjasama erat dan menyokong penyanyi dikir ini kerana keunikan mereka.
“Pada saya irama yang dibawa penyanyi ini juga boleh mendunia dan diterima termasuk beberapa lagu popular seperti Bey Soba Bey yang turut viral antarabangsa,” katanya.
Nadia yang mesra disapa Yaya turut teruja dalam jalinan antara perniagaan wangiannya dan dunia hiburan kerana percaya ia mampu bergerak seiring.
Ads
“Bila saya menjalin hubungan dengan Zamani dan DJ Lin sebagai contoh, saya mendapat pelanggan dalam kalangan peminat mereka.
“Seperti di Pulau Pinang sambutan yang diterima sangat baik dengan jualan mencecah lima angka untuk dua hari jelajah,” katanya lagi.
Lebih menarik pada edisi jelajah di Kelantan kelak, pertandingan KiraOke Suria bakal menggunakan format pencarian bakat baharu penyanyi dikir di negeri itu.
Katanya, menjadi harapannya agar penyanyi dikir akan diterima baik serta lagu nyanyian mereka akan berkumandang dalam radio tempatan.
Dalam siri jelajah di Mydin Mall Bukit Mertajam hujung minggu lalu, lebih 8,000 hadir pada kedua-dua hari serta dihiburkan barisan artis seperti Ernie Zakri, Ara Johari, Haqiem Rusli, Zamani dan Kristal X.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pelakon Ruhainies menyifatkan keserasian yang terjalin bersama aktor Zul Ariffin menerusi drama Wifi Sebelah Rumah berjaya memberi impak sehingga ada yang meminta mereka untuk betul-betul bercinta.
Menurut Ruhainies, usikan tersebut suatu yang normal memandangkan mereka disatukan sebagai pasangan bercinta di dalam drama yang disiarkan secara ekaklusif di di Disney+ Hotstar itu.
“Bagi saya bila ada permintaan sedemikian hingga ke luar set, secara tak langsung menunjukkan drama tersebut berjayalah kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.
“Baik saya dan Zul, kami profesional dan senang bila digandingkan bersama. Malah perkara tersebut buatkan proses penggambaran jadi lebih lancar.
“Terima kasih juga buat pelakon lain yang turut sama membantu. Senang cakap, dia seorang kawan yang baik,” katanya.
Ditanya mengenai sikap Zul sepanjang beberapa minggu di lokasi penggambaran, Ruhainies menyifatkan aktor tersebut sebagai pelakon yang komited dan tidak pentingkan diri.
“Dia seorang yang mengambil berat mengenai sesebuah naskhah yang dibawa. Tidak pentingkan diri dan menyokong ‘team’ untuk sama-sama berikan yang terbaik.
“Kami kerap berbincang untuk berikan lebih ‘warna’ terhadap sesuatu babak. Kalau nak diikutkan, kami tidak ikut 100 peratus skrip. Masing-masing boleh lontarkan idea berbincang bersama pengarah, Shuhaimi Zulkefli,” katanya.
Pada masa sama, Ruhainies turut melihat Zul sebagai seorang yang tenang.
“Dia ‘cheerfull’, tak pernah tunjuk dia ada masalah dan macam tak pernah marah. Malah mungkin ramai tak tahu, dia suka makan Nasi Kandar. Sekali makan dua bungkus! Ada juga masanya dia tiba-tiba akan tempah set makanan untuk satu produksi makan. Dia pemurah suka belanja,” katanya lagi.
Selain Zul dan Ruhainies, drama 16 episod itu turut dibarisi Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Rozita Che Wan menzahirkan rasa bangga selepas anak keduanya, Aniq Ezzra telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam dua jurusan yang berbeza.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia merasakan segala usaha kerasnya untuk menghantar anaknya menuntut ilmu dimenara gading ternyata berbaloi.
“Berbaloi la mak hang berkepak cari duit nak bayar yuran Taylor’s University. Bukan sikit-sikit duit chek oi.
“Tapi syukur alhamdulillah dengan izin Allah, double degree dalam tangan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon sitkom Lot 69 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut berharap agar anaknya itu akan menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.
“Dear Aniq Ezra, I harap kamu akan terus berkerja keras untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa juga perkara yang diceburi,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut berkongsi rasa gembira selain turut memuji cara didikan Che Ta dalam membesarkan anak-anaknya itu.
“Syukur Alhamdulillah. Tahniah ibu dan anak. Macam akak dengan adik dah. Wow sangat.
“Alhamdulillah, tahniah bonda dan anaknya.
“Impian setiap ibu anak membesar dengan baik. Ada pelajaran. Ada ilmu dunia akhirat.
“Tahniah. Hebat anak Che Ta.
“Alhamdulillah. Penat lelah cari rezeki. Anak dapat ijazah cemerlang,” antaranya komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, selain Aniq, Che Ta turut memiliki seorang lagi anak lelaki Ammar Effendy daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada 2013.
Pasangan tersebut turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3, pelakon Tasha Shilla dan suaminya, Muhammad Atiq Idris telah diundang sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik bertajuk ‘Seksa Berpantang Demi Siapa?’ bersama penonton.
Berkongsi cerita secara virtual, Tasha atau nama lengkapnya Natasha Sheila Abdul Razak antara lain turut berkongsi pengalaman menjalani tempoh berpantang setelah selamat bergelar ibu pada 24 April lalu.
Menurut Tasha, dia sering alami situasi perasaan dan emosi mudah sensitif terhadap kebanyakan perkara di sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang.
“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.
‘Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif tu masih ada walaupun dah bersalin, sikit-sikit rasa nak menangis,” katanya.
Malah, aktres berusia 34 tahun ini juga mengakui berasa sangat gembira dan seronok di sepanjang fasa kehamilan sehingga detik bergelar ibu.
“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.
“Saya bersyukur sebab suami saya banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah semuanya seronok,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada 28 Februari, tahun lalu.
Selepas itu, Tasha selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya yang diberi nama Raees Zander, pada 24 April lalu di sebuah pusat perubatan swasta.
https://www.youtube.com/watch?v=PgghqNgDc-Q
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...