Sabtu lalu, acara Pesta Meriah Lain Macam yang dibawakan oleh Astro telah berlangsung meriah di Center Court, Suria KLCC.
Seawal jam 1 petang, para peminat telah mula berhimpun di setiap aras pusat membeli
belah untuk menantikan kemunculan artis-artis kesayangan mereka.
Tepat jam 3 petang, pentas Nyam Nyam Ketupat dibuka menerusi gandingan pengacara yang juga penyampai radio, Muna Bella dan Fazziq Muqriz.
Persembahan Istimewa Wani Kayrie & Dinda Dania
Malah, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan daripada penyanyi popular tanah air iaitu Wani Kayrie dan Dinda Dania yang membawakan lagu ‘Balik Raya’.
Pada acara tersebut juga, Astro buat pertama kalinya melancarkan dan memaparkan iklan raya 2025 kepada umum.
Sherry Alhadad & Mierul Aiman Antara Bintang Iklan Raya Astro
Suasana di Suria KLCC makin meriah selepas kemunculan dua pelakon popular tanah air iaitu Sherry Alhadad dan Mierul Aiman yang masing-masing berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani penggambaran iklan raya tersebut.
Ads
Selain Sherry dan Mierul, iklan raya Astro turut dibintangi barisan selebriti seperti Bella Dowanna, Qarina Karim, Kimberly Chuah, Evertts Gomes, Azri Safix dan Ellie Suriaty.
Persembahan Nyam Nyam Ketupat
Acara kemuncak Pesta Meriah Lain Macam ini turut dirancakkan lagi dengan persembahan daripada barisan penyanyi seperti Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy yang membawakan lagu Nyam Nyam Ketupat.
Malah, para pengunjung juga berpeluang mempelajari dance move Nyam Nyam Ketupat bersama para penyanyi di atas pentas.
Ads
Mereka yang bertuah turut memenangi sampul duit raya dan barangan eksklusif daripada Astro.
Sementara itu, duta ramadan dan raya Astro (RaRa Astro) iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Sherry Alhadad & Zizan Razak turut membuat penampilan istimewa untuk berkongsi mengenai kandungan eksklusif dan aktiviti hiburan menarik Astro untuk seisi keluarga sepanjang musim perayaan ini.
Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk merasai kemeriahan acara ini, jangan risau. Nyam Nyam Ketupat bakal ke beberapa lokasi seterusnya untuk mengadakan sesi meet & greet bersama peminat.
Berikut adalah tarikh dan lokasi acara Nyam Nyam Ketupat yang akan berlangsung sehingga 21 Mac ini;
Ads
Pada acara tersebut nanti, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bertemu dengan barisan artis seperti Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.
Bukan setakat itu, pengunjung yang bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000 bila anda melanggan atau naik taraf ke mana-mana pakej Astro One.
Antara hadiah untuk dimenangi termasuk TV, tablet, telefon, baucar beli-belah (Shopee & Touch ‘n Go), peralatan memasak Le Creuset, dan banyak lagi.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara Nyam Nyam Ketupat dan rasai sendiri suasana ‘Pesta Meriah Lain Macam’ bersama Astro.
Sementara itu, jika anda terlepas sesi ‘meet & greet’, jangan risau, anda juga berpeluang untuk mendapatkan sampul raya eksklusif Astro secara percuma dengan hanya bergambar di photo frame yang terletak di outlet Astro terpilih.
Maklumat lanjut mengenai lokasi photo frame #MeriahLainMacam boleh didapati di astroinfo.co/rara2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ebit Lew yang bakal memulakan operasi kedai runcitnya, Elewsmart sudah memuat naik harga barangan runcit yang dijual pada harga murah bersempena dengan hari pertama operasinya.
Menerusi satu status bergambar yang dimuat naik menerusi Facebook pada Rabu, harga yang ditawarkan cukup rendah.
Misalnya, sepotong ais krim jenama Walls Cornetto hanya berharga RM0.10 dan setin creamer dari jenama Dairy Champ hanya boleh dimiliki pada harga RM0.70 setin selain banyak lagi barangan lain yang ditawarkan.
Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada satu resit pembelian sahaja mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.
Sambil mengharapkan doa ramai, pendakwah bebas ini turut mengenang kembali fasa hidupnya yang lalu ketika bekerja di petrol pam.
“Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmar murah sangat hari pembukaan elewsmart. Saudaraku, Murah untuk semua yer..semua dialu-alukan yer.
“Senyuman orang lain buat saya rasa gembira. Masa PKP saya semakin belajar sesuatu yang tak pernah saya rasa begitu sebelum ini..buat orang tersenyum. Hidup ini cuma sekali. Hidup untuk Allah sayang.
“Buat saya teringat masa dulu. Kerja petrol pam, ada orang selit rm2 dalam poket saya. Senyum saya tak berhenti. Happy sangat boleh beli telur nak goreng. Semua duit gaji bagi dekat mak dekat kampung.
“Mak tak tahu pun saya tiada duit lain. Besar rm2 tu untuk saya. Walau sekali sekala jer dapat begitu tapi nikmat dalam hidup saya. Begitulah teringin nak buat semua orang senyum tanpa mengira bangsa,latar belakang siapa sahaja tak terkecuali.
“Bila kita berkongsi niat hadiah rasa happy sangat. Allah beri rasa bahagia sangat dapat gembirakan orang walau dengan perkara kecil. Anak menangis kita beri mainan. Pujuk anak yang lapar tiada makan. Beri hadiah. Best sangat rasanya. Jumpa orang beri hadiah.
“Doakan yer Sabtu ini hari pertama pembukaan Bandar Baru Bangi. Ahad di Kajang. Minggu seterusnya setiap hari 8 cawangan lain. Berdebar rasa. Pohon doa semua kerana doa semua sangat penting dalam hidup saya,” tulisnya panjang lebar.
Menerusi ruangan komen pada entri sama, wargamaya turut mendoakan agar segala perancangannya berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.
Sehingga kini, entri tersebut sudah pun dikongsi hampir 9,000 kali.
Foto: Facebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti televisyen yang kini merangkap sebagai Senator di Dewan Negara, Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecewa selepas mendapati banyak kemudahan awam yang dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU) digunakan pihak yang tidak berhak.
Menurut laporan Malaysia Kini, Ras Adiba menyifatkan permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berwajib.
“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OKU.
“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OKU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.
“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OKU.
“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Ras Adiba turut berharap agar syarikat swasta mempertimbangkan syarat kelayakan untuk memberi ruang buat warga OKU mendapat tempat didalam sektor pekerjaan.
Malah, dia juga tidak mahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini terjadi juga kepada golongan OKU yang lain.
“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU.
“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.
“Sukar saya bukan kepalang. Saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya lagi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah pasti ada yang merindui nyanyian Farah AF2 atau nama sebenarnya, Farah Diana Anuar yang lebih 15 tahun sepi dari sebarang naskhah baru dalam karier nyanyian.
Lebih menonjol sebagai hos ketika ini, bintang yang terkenal dengan lagu Antara Dua itu sempat berkongsi soal perkembangan terkininya kepada MH.
Farah menjelaskan, dia kini telah banyak meluangkan masa bersama keluarga selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
“Alhamdulillah dikurniakan dua puteri selepas berumah tangga sejak tahun 2011. So saya sibuk membesarkan anak-anak.
“Soal kerjaya, saya masih lagi menjalani kerja-kerja di studio sebagai pengacara. Terbaru, saya baru habis rakaman 13 episod untuk siaran RTM dan masih lsgi bersama stesen Al-Hijrah mengendalikan program live Assalamualaikum,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Farah juga kini terpilih sebagai hos yang disenarai pendek menerusi Pencarian Hos Program Mingguan Wanita musim terbaru.
“Ya, saya turut terpilih sebagai finalis Top 9 Mingguan Wanita yang bakal diumukan pada 28 Mac depan. Doakan agar semuanya dipermudahkan, ”kata Farah kepada MH.
Disamping itu, penyanyi kelahiran dari Kuala Lumpur itu turut mengakui dia merindui momen menyanyi dan kini sedang berusaha untuk melancarkan single baru.
“Saya ada dapat satu demo daripada Akim. InsyaAllah saya sedang proses ke arah itu untuk keluarkan single baru.
“Saya nak kembali, rindu bila tengok kawan-kawan ada single baru, masuk studio dan sebagainya. Malah, Konsert Reunion AF2 Ogos depan boleh ubat kerinduan menyanyi juga,” terangnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Che Isa, 54, mengesahkan dia dan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 53, telah sah bercerai pada 4 Mac lalu...