Jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang menunjuk-nujuk, penyanyi dan usahawan Linda Rafar kali ini bertindak untuk terus memuat naik foto bersama insan tersayang.
Kongsinya, dia memuat naik beberapa keping foto bersama suami, Syed Aiman bagi menghargai pengorbanan dan jasanya sebagai seorang ketua keluarga.
“Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni sangat singkat dan kita tak tau caturan Allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu.
“Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75,” tulisnya.
Terdahulu, Linda terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa pagi akibat serangan jantung.
IKLAN
Malah, Linda turut merasakan kesedihan yang dialami Bunga Cintra Lestari apabila beberapa keping foto dan videonya mulai tersebar di media sosial.
Baginya, setiap pasangan perlu menghargai antara satu sama lain ketika hayatnya.
Penyanyi, Naqiu mendedahkan dirinya terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk menyertai program, All Star Gegar Vaganza.
Menurut Naqiu, dia juga sebenarnya sudah merancang untuk menolak tawaran daripada pihak Astro sekiranya dipanggil untuk menyertai program berkenaan.
“Banyak kali saya fikir sebelum buat keputusan nak masuk GV10. Rasanya saya merupakan antara peserta terakhir yang bagi jawapan.
“Saya sebenarnya memang tak nak masuk program ini. Sudah bertahun kami mendengar ura-ura tentang format program ini. Saya bagitahu kepada pengurus, andai kata saya dijemput, saya sendiri mahu menolak,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, anggota kumpulan Boboi ini memaklumkan dia telah berubah fikiran selepas mengenang kembali jasa Gegar Vaganza terhadap kebangkitan kerjayanya.
“Pada awalnya saya menolak tapi beberapa bulan lepas, pengurus bagitahu yang saya tak boleh tolak.
“Kemudian, saya terfikir yang saya ada tanggungjawab. Ini bukan soal kontrak. GV telah mengubah hidup saya. Bila semua bekas juara bersetuju, takkan saya nak cakap tidak.
“Siapa saya untuk cakap tidak. Saya nak memberi semula kepada Gegar Vaganza,” ulasnya lagi.
Penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa ini turut mendedahkan antara sebab dia menolak untuk menyertai GV10 pada awalnya kerana mahu mengelak daripada tekanan.
“Saya tak nak stress. Pengarah muzik dan ketua juri adalah Datuk Ramli MS. Bonda Hetty Koes Endang pula mementingkan penghayatan dan Datuk Syafinaz merupakan guru vokal terbaik di negara ini.
“Tekanannya akan tinggi dan kita tak boleh buat silap walau kecil. Yang masuk pula bekas-bekas juara, lagi banyak markah akan dipotong kalau buat silap,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sepanjang GV 10 berlangsung.
“Saya mempertaruhkan reputasi saya di program ini. Andai kata tiada rezeki dan saya tersingkir awal, ia akan menjejaskan kerjaya saya.
“Di sisi lain pula, andai kata saya ke final atau menjadi juara, ia akan memberikan impak yang lebih besar. Kiranya saya sedang memperjudikan kerjaya saya.
“Tiada jalan mudah. Kena usaha dan terus berjuang sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Naqiu merupakan antara 10 juara Gegar Vaganza yang akan bersaing semula di All Star Gegar Vaganza.
Sementara itu, lima peserta hot seats bakal dipilih untuk sama turut serta di program ini.
All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran bermula 24 September ini disaluran Astro Ria dan boleh distrim di platform Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, Kim Kardashian menjadi antara keluarga Kardashian yang paling dikenali. Mungkin kerana imej seksi dan kisah sensasi yang terpalit dalam hidupnya membuatkan wanita berusia 38 ini kekal menjadi bualan ramai.
Okay, lupakan seketika mengenai bentuk pinggul yang viral itu, jom kita ikuti 10 fakta unik mengenai isteri kepada rapper, Kanye West ini!
Tak Boleh Tinggalkan Pengetip Kuku
Kim mengakui, dia terlalu obses mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan kecantikan, termasuklah soal penjagaan kuku tangan dan kakinya. Baginya, kuku yang bersih dan terjaga rapi merupakan simbol kepada tahap kebersihan seseorang. Jadi bagi memastikan kukunya sentiasa berada dalam keadaan baik, Kim mengakui tidak kan lupa membawa set pengetip kukunya sendiri. Kalau wanita lain lebih peka terhadap alat solek, item pertama yang akan dibawanya ialah pengetip kuku!
Perkahwinan Tahan Selama 72 Hari Saja!
Kim Kardashian dan Kris Humphries pernah berkahwin sebelum mengambik keputusan untuk membawa haluang masing-masing selepas mereka bergelar suami isteri hanya selama 72 hari! Perkahwinan yang dianjurkan dalam suasana meriah itu tidak bertahan lama apabila pada Ogos 2011, Kim mengambil keputusan untuk kembali hidup solo. Terdahulu, pasangan ini mengambil keputusan drastik selepas hanya beberapa bulan berkenalan.
Tidur Dalam Keadaan Mata Sedikit Terbuka
Ditanya apakah antara perkata lucu dalam dirinya, Kim memberitahu dia mempunyai gaya tidur yang agak pelik, sekali gus membuatkan ahli keluarganya rasa lucu mengenainya. Ujar Kim, matanya akan terbuka sedikit ketika tidur. Kongsinya lagi, gaya tidurnya sering menjadi bahan lawak di kalangan ahli keluarga yang lain.
Pernah Bercinta Dengan Bekas Suami Jessica Simpson
Pada zaman remajanya, Kim pernah memadu kasih dengan penyanyi, Nick Lachey yang juga merupakan bekas kepada penyanyi pop, Jessica Simpson. Pasangan ini bercinta sekitar tahun 2006 selepas lelaki itu berpisah dengan isterinya.
Bulu Mata Asli?
Menerusi sebuah temu bual, Kim pernah memberitahu bahawa bulu matanya sememangnya asli dan lebat kerana atas faktor bapanya berketurunan Armenia. Katanya dia hanya melakukan rawatan pada wajah dan bukan pada bulu matanya. Betul ke?
Cara Selesai Masalah
Pernah tersenarai sebagai 100 individu paling berpengaruh dunia dua tahun lalu, Kim mengakui apabila salah seorang keluarganya berhadapan dengan kisah kontroversi, mereka akan berbincang menerusi group WhatsApps sahaja dan masing-masing perlu selesaikan kisah peribadi secara sendiri oada publik.
Siapa Paling Fashionista?
Dikenali sebagai antara selebriti yang bijak berfesyen, Kim juga turut senaraikan siapakah yang paling fashionable di kalangan ahli keluarganya yang lain. Bagi Kim, Kendall yang paling pandai berfesyen, diikuti ibynya, Kris Jenner, Kylie, Kourtney dan Khloe.
Mengaku Suami Ada Sikap Buruk
Kata Kim, ada sesuatu yang mengenai suaminya, Kanye yang sering membuatkan dirinya rasa malu iaitu dia boleh tidur tanpa sedar, di mana-mana saja. Misalnya ketika sedang melakukan pemeriksaan kesihatan atau pun saat berjumpa dengan guru kepada anak-anaknya. Hingga ada ketikanya, Kim terpaksa menipu memberitahu suaminya itu keletihan kerana jet lag!
Perang Dingin Dengan Taylor Swift
Peminat muzik dunia mengetahui hubungan Kim dengan penyanyi, Taylor Swift tidak berapa baik apabila suaminya bertindak mengganggu ucapan Taylor di Anugerah MTV. Lebih parah apabila masing-masing cuba memberi reaksi sinis terhadap isu tersebut termasuk Kim yang cuba untuk membela suaminya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“I berjanji akan jaga you.” Itu ikrar cinta yang dilafazkan Haziq Nadzli buat isterinya, pelakon Eyra Hazali sejurus diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.
Janji penjaga gol skuad JDT ini lagi, dia akan sentiasa berada di samping isteri tercinta dalam apa sahaja situasi sekali pun.
“Akan selalu dengan you tak kira you di atas ke, bawah ke, I akan tetap dengan you,” katanya lagi.
Lalu, dedikasi yang diberikan itu dibalas dengan janji hampir serupa Eyra. Maklumnya, dia hanya mengharapkan si suami agar terus membimbing seterusnya menjadi ‘imam’ terbaik buat dirinya.
“Terima kasih dengan ada dengan I walaupun ketika di waktu sukar. InsyaAllah kita akan kekal begini hingga ke jannah.
“I hanya harapkan you untuk membimbing I sampai ke syurga,” doa Eyra.
Sedutan video ikrar cinta itu turut dikongsikan menerusi Instagram Media Hiburan.
Penyanyi Tom menjelaskan sebab dia mendedahkan mesej yang pernah dihantar wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine kepada suaminya, Fuad Rahman kepada umum di laman media sosial, pada Khamis.