“Susah Nak Post Picture Hubby,” – Takut Dilabel ‘Menunjuk’, Linda Rafar Akhirnya ‘Payung’ Juga Foto Suami Di IG Sebab…

Share

Jarang berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang yang menunjuk-nujuk, penyanyi dan usahawan Linda Rafar kali ini bertindak untuk terus memuat naik foto bersama insan tersayang.

Kongsinya, dia memuat naik beberapa keping foto bersama suami, Syed Aiman bagi menghargai pengorbanan dan jasanya sebagai seorang ketua keluarga.

“Linda susah nk post picture hubby takut org tak suka n ckp nk menunjuk2 tp bila pikir hidup ni sangat singkat dan kita tak tau caturan Allah.. samaada kita atau dia yg akan pergi dulu.

“Jadi mlm ni jom kita sama2 post pict org yg kita sayang.. insyaallah allah panjangkan umur kita dah hidup kita berkhati Allah SWT .. i love u papa @syedaiman75,” tulisnya.

Terdahulu, Linda terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa pagi akibat serangan jantung.

Malah, Linda turut merasakan kesedihan yang dialami Bunga Cintra Lestari apabila beberapa keping foto dan videonya mulai tersebar di media sosial.

Baginya, setiap pasangan perlu menghargai antara satu sama lain ketika hayatnya.

Foto : Instagram Linda Rafar

Published by
MH