Pelakon, Zarina Zainuddin yang berdepan ujian apabila salah seorang anaknya, Azal Azrai yang disahkan berdepan masalah saraf pada muka iaitu Bell’s Palsy, tidak akan putus harap untuk terus merawat permata hati istimewanya itu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang senior itu menerusi sebuah hantaran di Instagram yang dikemas kini, pada Rabu.
“Saya tetap takkan putus asa merawat Azal dan anak-anak saya yang lain. Segala yang Allah bagi pada saya ini amanah yang besar untuk saya galas.
“Susah sama susah senang sama senang, biar apa pun terjadi saya akur takdir Tuhan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen menerusi video yang kini sudah pun meraih lebih 8,000 tanda suka itu.
Terdahulu, Zarina mendedahkan, dia mendapati mata Azal berkedip-kedip tetapi hanya menyangka ia akibat dimasuki habuk, kelmarin.
“Saya tidak fikir apa-apa yang buruk dan beli ubat titis mata. Saya ingat dah okey dan tiada apa-apa. Dalam masa sama saya buat ‘live’ untuk menjual produk.
“Waktu itu pengikut saya yang perasan masalah pada Azal dan minta saya cuba periksa. Katanya, dia rasa Azal mengalami Bell’s Palsy apabila mukanya seperti senget.
“Lepas habis live saya nak tahu betul atau tak dan urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh buat dia boleh ikut,” katanya, petik Harian Metro.
Zarina menambah, apabila mahu memberi Azal makan malam, dia tidak boleh membuka mulut dengan besar.
“Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja. Saya terkejut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru malam tadi.
“Doktor kata wad penuh dan bagi suntikan steroid kemudian suruh balik dan pagi ini kena datang semula. Hari ini baru doktor sahkan Azal ada Bell’s Palsy,” katanya lagi.
Lalu, doktor memaklumkan saraf di bahagian telinga Azal mengembang disebabkan virus yang disebarkan dari udara dan tidak akan berjangkit kepada orang lain.
“Katanya ia akan makan masa empat bulan untuk sembuh. Boleh baik tapi kena jaga bagi makan ubat dan buat fisioterapi. Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.
“Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat,” katanya.
Dalam pada itu, Zarina akui apa yang berlaku sebagai ujian memandangkan sebelum ini anak ketiganya, Naim disahkan memiliki satu buah pinggang.
“Kalau nak ‘down’ sekejap boleh, tapi kena bangun semula. Tak boleh nak lama-lama kerana kita kena buat sesuatu untuk masa depan anak-anak, tak boleh harapkan orang.
“Bagi saya hidup mesti diteruskan. Tak boleh fikir benda-benda ini akan halang kerja-kerja kat luar kerana apapun kena lalui benda-benda ini.
“Apapun berlaku, saya tak boleh harap orang lain untuk kendali gerai kerana bukan murah saya bayar kos sewa,” katanya yang mula berniaga di Singapura sejak Isnin lalu dan berakhir Ahad ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sampai Sebulan Hitung Detik Bersalin, Shima Anuar Kongsi Tips Urus Kelengkapan Bayi Bakal Lahir
Belajar daripada pengalaman, itu antara tips yang dikongsikan pelakon, Shima Anuar apabila membuat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kedua yang dijangka lahir pada 8 Ogos ini.
Katanya, dia lebih bersedia dan berhati-hati dalam membeli barangan keperluan bayi untuk kali ini.
Malah, pelakon Highland Tower ini turut berkongsi tips agar tiada pembaziran berlaku ketika membeli belah.
“This time jimat banyak sgt beli barang baby. Sbb dah tau apa yg perlu dan apa yg tak perlu. Plus, barang2 sophia yg lama ada banyak. Ada yg belum pakai pun. Semua elok2 lagi.
“So, tips before beli barang baby, sila buat checklist siap2. Fikir 2 3 kali, sama ada barang tu perlu beli atau tak? Atau beli later je.
“Macam baju pulak, tak payah beli banyak2, sebab baby ni cepat besar. Nanti pakai kejap je, dah tak boleh pakai lagi,” ulasnya.
Malah, dia turut menyarankan untuk memilih warna selamat untuk dipakai oleh bayi perempuan dan lelaki.
“Kalau rasa baby tu akan ada adik2 yg seterusnya, beli baju color2 selamat untuk both boy and girl boleh pakai. So next time boleh recycle balik kalau baju tu masih elok.
“Sila jangan membazir ya (remind untuk diri sendiri jugak ni 😝) Memang la bila shopping ni, naik hantu rambang mata, semua benda nak beli! 😬
“Any other tips nak share? Boleh share kat comment bawah ni tau? So then ibu2 yg lain pun boleh baca. And kepada peniaga online yg jual barang baby, boleh comment jugak kat bawah ni korang jual apa. I izinkan. Semoga terus murah rezeki ya! (But please jangan private ig 😊)” kongsinya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on
Tips yang bagus untuk bakal ibu bapa yang masih tidak punya idea untuk persiapan bayi yang bakal lahir.
Foto : Instagram Shima Anuar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kepala Tiba-Tiba Jadi Sakit Dan Suara Agak Serak…,” – Ayie Floor88 Cerita Detik Rebah Masa Live Show
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah ada menjelaskan mengenai status kesihatannya yang terkini selepas dirakam rebah ketika sedang membuat persembahan pentas di Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Maklumnya seperti yang dipetik menerusi Instagram era.je, kepalanya sudah rasa sakit-sakit sebelum menjelang malam persembahan.
“Semakin stabil alhamdulillah. Saya punya sakit semalam tak teruk sangat sebab pitam sekejap sahaja. Kemudian saya telah kembali stabil, terima kasih yang mendoakan kesihatan saya dan doakan suara saya kembali pulih.
“Sebelum buat persembahan, kepala saya sudah sakit. Pada hari kejadian itu, kami dari Kuala Lumpur ke lokasi persembahan dan bila sampai kami ada lakukan sound check. Ketika itu saya punya rasa tak yakin itu sudah ada, malam nanti tak berkeyakinan untuk buat persembahan.
“Ahli kumpulan lain minta saya berdoa dan banyakkan minum air. Apabila malam persembahan, kepala saya tiba-tiba jadi sakit dan suara saya pun agak serak sedikit. Bila persembahan, saya cuba untuk ‘push’, dengan keadaan sekeliling. Bila saya ‘push’ terlalu banyak, ia menyebabkan saya rebah.
“Tak pengsan cuma pitam sekejap, alhamdulillah ia kembali stabil… Tak lama pun masa tu, sekejap sahaja,” katanya.
Terdahulu memetik Awani, pengurus band berkenaan, Luqman Hakim seperti yang dipetik berkata, bintang muda itu berada dalam keadaan stabil dan tiada sebarang perkara yang membimbangkan terjadi pada artis berkenaan susulan insiden itu.
Tambahnya lagi, sebaik rebah dan pengsan ketika menyampaikan lagu kedua, Ayie diberi bantuan dan ditenangkan oleh anggota Floor88 yang lain serta penganjur persembahan. Insiden itu berlaku kerana Ayie alami keletihan.
Selain Ayie, Floor88 turut dianggotai oleh Achoi, Falique, Eric Fuzi, Akram dan Amir.
View this post on InstagramA post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on
Foto: Instagram Era.Je
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sanggup Hisap Rokok Walau Tak Suka Demi Watak, Penerbit Puji Zahirah Macwilson
Penerbit Eksekutif drama Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu?, Datuk Saniboey Mohd Ismail memuji tahap profesionalisme pelakon utamanya, Zahirah Macwilson yang sanggup melakukan sesuatu yang tidak disukainya demi memenuhi tuntutan watak.
Menurut Saniboey, Zahirah sanggup melakonkan adegan merokok walaupun dirinya merupakan seorang yang sangat membenci perbuatan tersebut.
Katanya lagi, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Redza ini juga melakonkan babak tersebut dengan sangat bersahaja tanpa terlihat kekok.
Zahira Macwilson ni antirokok tapi demi wataknya dalam Metro Crime Series, dia buat aku sendiri percaya yang dia perokok. Amazing actress. Salute. #metrocrimeseries pic.twitter.com/OzGxr9KBOM
— Saniboey Mohd Ismail (@saniboey) June 28, 2024
“Zahira Macwilson ni antirokok tapi demi wataknya dalam Metro Crime Series, dia buat aku sendiri percaya yang dia perokok.
“Pelakon wanita yang sangat hebat. Salute,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Saniboey menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Zahirah di dalam drama itu.
“Episod semalam Zahirah buat O pun effortless. Baru tahu dia non smoker.
“Terima kasih kerana berkongsi fakta. Tadi tengok scene Zahirah merokok, terkejut beruk jugalah macam tak percaya la dia merokok.
“Harap besar lah payment dia dapat sebab terpaksa gadaikan paru-paru.
“Gaya itu ada. Power,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Metro Crime Series: Siapa Lelaki Itu merupakan sebuah drama yang diinspirasikan daripada kisah wartawan sebuah akhbar tempatan yang ingin membuat liputan kes jenayah berprofil tinggi.
Selain Zahirah, drama yang ditayangkan di slot Lestari, TV3 ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Aloy Paradoks, Nia Atasha, Wan Raja dan Chew King Wah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: X Saniboey Mohd Ismail & Instagram Zahirah Macwilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI