Uncategorized

Susah-Susah Je DM Suami I’- Respon Isteri Shukri Yahaya Bila Ada Netizen Tegur Pasal Aurat

Share

Apa kes ni, dalam kekecohan yang berlaku berkenaan dengan isu putus tunang dua selebriti, tiba-tiba nama Tya Adnan, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya pula dipetik-petik oleh netizen.

Semua ini gara-gara baru-baru ini, Tya ada muat naik satu fotonya di laman Instagram miliknya, namun begitu, seorang netizen ‘personal Direct Message’ Shukri meminta agar pelakon tersebut menasihati isterinya berkaitan soal penjagaan aurat.

Ternyata Tya tidak menyangka akan hal itu meluahkan rasa kesalnya menerusi laman IG story mengatakan bahawa ‘nasihat’ itu tidak perlu.

“Sampai ke laki kita dia pergi DM. Jadi dia ingat suami saya selama ini tak tengok ke apa yang saya muat naik?

“Susah-susah je awak pergi DM suami saya,” tulisnya.


Menerusi IG story itu, MH lihat individu tersebut meminta Shukri menegur isterinya supaya jaga aurat dengan betul memandangkan Tya ketika itu hanya memakai turban sahaja.

“Hai Syukri, Tegur la isteri awak ni, bukan nak sibuk tapi pakai tudung tu elok-elok la.

“Awak yang tanggung dosa dia kan? Leher tu aurat, rambut pun aurat. Tutup aurat tu wajib, dosa kalau tak tutup aurat,” tulis individu tersebut.

Wow! Agaknya niat individu tersebut baik tapi mungkin caranya tidak kena. Kalau kita lihat sekarang ni rata-rata netizen sudah bersifat lebih ‘islamik’ dan ada sahaja soal berkaitan aurat dan tudung yang menjadi isu.

Akan tetapi, MH yakin mereka ini berniat baik sebenarnya kan? Apa-apa pun, mungkin ada cara yang lebih baik untuk menegur dan kalau kita baca ‘DM’ tersebut pun agak kasar sebenarnya individu tersebut memberi nasihat.

Yalah, kita bukannya kenal sangat dengan Shukri, tiba-tiba nak arah itu ini, siapa tak marah kan? Oleh itu, MH harap lepas ini netizen pun berpada-padalah dalam menasihati ya.

sumber: IG Tya Adnan

Published by
Khaleeda Rashikin