Suami kepada penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, Mohamad Azlan Che Noh mengakui dirinya terpikat dengan kelembutan ibu beranak satu itu.

Malah karektornya sama sekali berbeza dengan apa yang sering ditampilkan menerusi kaca televisyen.

“Kelembutannya yang buatkan saya tertarik. Kalau kita tengok dia menerusi televisyen, personalitinya berbeza. Di luar dia seorang yang lembut.

“Saya tidak kisahlah orang nak cakap dia gedik ke apa. Akan tetpi orang luar tidak tahu macam mana Elly Mazlein. Jadi alhamdulillah saya bertuah dijodohkan dengannya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya sama ada sukar atau tidak untuk ‘handle’ isteri yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga menerusi perkahwinan terdahulu, Azlan yang bertugas sebagai guru ini menjelaskan tidak susah untuk menjaga hati isteri.

Paling penting, mereka sepakat untuk tidak memberikan alasan terhadap hal yang remeh-temeh.

IKLAN

“Sebenarnya tak susah, kalau kita pandai ambil hatinya. Tak susah kalau kita jenis yang tidak banyak alasan. Dia tak suka dengan orang yang banyak alasan.

“Misalnya kalau saya sudah buat salah, saya kena minta maaf dan tak perlu untuk berikan alasan yang itu ini. Jadi kalau saya dengar cakap dan mengakui silap, dalam sekelip mata dia boleh berubah,” jelasnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Elly selamat menamatkan zaman ibu tunggal dengan suaminya itu pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ikuti temu bual penuhnya di sini;

https://www.instagram.com/p/B7kbmKIJ57x/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI