Seorang wanita warga emas berusia 65 tahun dilaporkan telah dicabul dan disamun, di dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Taman Skudai, Johor, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, suri rumah berkenaan dipercayai sedang tidur sebelum terdengar bunyi seperti orang sedang membuka tingkap biliknya.

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, dipetik sebagai berkata, warga emas itu terkejut apabila mendapati seorang lelaki warga asing yang hanya berseluar dalam sedang berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.

“Suspek kemudian mengarahkan warga emas itu supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana mahu merogolnya.

“Mangsa dalam ketakutan hanya menuruti apa yang disuruh sebelum suspek cuba untuk merogolnya, namun tidak berjaya.

Ads

“Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 lalu beredar,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Dzulkhairi turut menjelaskan, polis sudah berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun, dipercayai suspek utama, hasil siasatan sebaik menerima aduan mangsa dan berpandukan maklumat serta risikan dibuat.

Ads

Katanya lagi, dua warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun yang dipercayai bersubahat, juga berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri.

“Kesemua tiga warga asing itu adalah buruh binaan dan ditahan kira-kira jam 2.30 petang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ads

“Polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai boxer berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun bersenjata , Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Kesemua suspek akan di bawa ke mahkamah Johor Bahru untuk proses permohonan tahanan reman.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI