
Sepupu kepada pelakon Syazlin Zainal, Trisya Azahar menerusi hantaran terbaharu di Twitter awal hari ini memohon orang ramai supaya tidak membuat kenyataan yang tidak benar mengenai kematian Allahyarhamah.
Trisya pada masa sama turut memaklumkan, pemergiaan Syazlin masih dalam siasatan pihak berkuasa.
“Ramai yang DM (direct message) saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasaran.
“Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarkah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” ciapnya.
Dalam pada itu, Trisya menambah, urusan pengebumian dan majlis tahlil akan diberitahu kelak.
“Saya mohon kepada semua berhenti buat sebarang kenyataan. Tolong hormat pihak keluarga beliau.
“Terima kasih semua atas doa dan minta ampunkan dosa beliau dan halalkan segalanya,” kongsinya lagi.
Trisya sebelum ini memaklumkan berita mengenai pemergian pelakon drama Sitik Tok itu menerusi platform sama pada Khamis, sekaligus mengejutkan rakan selebriti dan industri seni.
Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman, al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Janna Nick Buat Kapsyen Tak Cukup Kasih Sayang, Tapi Hal ‘Bagpack’ Pula Jadi Perhatian Gara-Gara…

Ucapan sebak yang ditulis di ruangan kapsyen nampaknya tidak mampu mengalihkan perhatian netizen kepada rekaan yang digayakan pada malam DFKL 2019 baru-baru ini.
Seolah-olah memakai beg galas, fesyen Janna Nick kali ini mendapat pelbagai reaksi lucu netizen.
Pelakon berusia 23 tahun ini menyarung busana merah yang menampilkan belahan di kedua-dua bahagian bahu sehinggakan netizen menyangka ia seakan-akan beg yang digalas pada bahagian belakang.
Aeril Zafrel dan Jihan Muse adalah antara selebriti yang turut meninggalkan komen.
Terdahulu, aktres jelita ini menulis satu ucapan istimewa sempena kemenangan buat kali ketiga dalam kategori Aktres Pilihan.
Meluahkan dirinya membesar tidak cukup kasih sayang, ulas Janna, gunakan kekurangan untuk kuatkan diri.
“ALHAMDULILLAH…
Terima kasih ❤❤❤
Masih memilih saya sebagai #Aktresspilihan anda untuk kali yang ke-3…
Terima kasih semua yang mengundi…dulu saya membesar tak cukup kasih sayang…tapi sekarang Allah kurniakan saya kasih sayang yang melimpah limpah.
“SAYA RASA SANGAT DISAYANGI…pesan saya, kalau anda rasa sunyi…sendiri…guna kan masa yang ada untuk jadikan anda seorang yang berguna di masa akan datang… kesunyian tu bukan merosakkan jiwa tapi sebaliknya menenangkan dan melapangkan.
SAYA SAYANG SEMUA ❤❤❤ DOAKAN SAYA JADI YANG TERBAIK OK!#sayangketatsendatpadat.”
View this post on InstagramA post shared by Janna Nick (@jannanick) on
Foto – Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tunang Online, Nikah VC, Nanti Bercerai Through Whatsapp,” – Ayda Jebat Kesal Kritikan, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Ayda Jebat menerusi segmen hiburan di sebuah program televisyen menyatakan kekesalan apabila pertunangannya secara talian dijadikan isu dan bahan jenaka netizen.
Jelas pelakon itu menerusi temubual, ada netizen memberikan komen yang kurang enak dengan mengatakan pertunangannya dijalankan secara talian, pernikahan menerusi video call dan mungkin perceraiannya dilakukan menerusi aplikasi Whatsapp.
View this post on InstagramA post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3) on
Rata-rata netizen memberikan reaksi di ruangan komen.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengikat tali pertunangan melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menjalin hubungan kira-kira setahun.
Foto : Instagram Melodi & Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Nak Sentap Dulu…” – Jasmin Hamid Dipersenda Bersalin Secara Normal, Tanya Ada Tak Suami Cari Lain Sebab ‘Longgar’?

Berkongsi sebuah klip kecekalan seorang ibu melahirkan anak secara normal, Jasmin Hamid di laman Instagram meluahkan rasa gara-gara pernah dipersenda kerana bersalin ikut ‘pintu’.
Ulasnya, orang luar beranggapan sekiranya seorang wanita bersalin mengikut saluran peranakan, suami akan mengeluh kerana bahagian sulit mungkin koyak dan longgar.
“JANGAN NAK SENTAP DULU SEBELUM BACA HABIS, PADA YANG BERSALIN KAEDAH TINGKAP….
“SAYA KONGSI PENGALAMAN SENDIRI BILA SAYA DI PERSENDAKAN SEBAB BERSALIN MELALUI PINTU.
“FAHAMI BETUL-BETUL WAHAI PARA IBU YANG ENGGAN MELAHIRKAN ANAK MELALUI PINTU SEBAB TAKUT SAKIT DAN TAKUT KOYAK BAHAGIAN SULIT… NANTI KATANYA SUAMI DAH TAK MAHU LAGI BERSAMA SEBAB DAH KOYAK DAN LONGGAR.
“ITULAH YANG SAYA DENGAR SENDIRI DARI ORANG SEKELILING SAYA!
MEREKA SANGGUP BOOKING DATE AWAL UNTUK BERSALIN MELALUI TINGKAP..INI BANYAK TERJADI DI MASYARAKAT ZAMAN MODEN…
MELAINKAN KALAU KITA KENA GUNAKAN KAEDAH CEASAR KERANA ADA KOMPLIKASI DEMI MENYELAMATKAN NYAWA!”
Ulas Jasmin, kenikmatan seorang ibu yang sedang melahirkan terzahir apabila bayi dalam kandungan dapat melepaskan bahagian kepala dan bahu.
“Masyaallah… Hanya Ibu yang melahirkan melalui PINTU sahaja yang tau betapa nikmatnya bila anak dapat lepaskan kepala dah bahunya.. Hendaknya bila dapat tengok muka anak tu, hilang semua rasa sakit.. Ibu -ibu yang melahirkan secara PINTU sahaja yang akan lebih faham rasa sakitnya saat melahirkan.. Nyawa di hujung tanduk,” ulasnya.
Malah, pelakon jelita ini juga menasihatkan agar bakal ibu di luar sana merancang untuk bersalin secara normal sekiranya kandungan tiada sebarang masalah dan komplikasi.
“Pada bakal ibu-ibu yang akan melahirkan, cubalah bersalin secara PINTU JIKA TIADA SEBARANG KOMPLIKASI untuk uols tau apa itu SAKIT BERSALIN.. Supaya kita lebih muhasabahdiri dan lebih fahami perasaan Ibu kita yang melahirkan. Nak jaga berpantang pun senang jika di bandingkan dengan ibu yang melahirkan cara TINGKAP.
“Pada uols yang belum di kurniakan cahayamata, teruskan berdoa dan usaha..Ada sebab kenapa Allah masih belum kurniakan cahayamata.. Sesungguhnya Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya.
“PADA UOLS YANG MELAHIRKAN MELALUI PINTU, BOLEH SHARE PENGALAMAN DENGAN WE OULS ?
MELALUI PINTU SAHAJA… ?
KOYAK TAK? ADA TAK SUAMI CARI LAIN SEBAB LONGGAR SELEPAS MELAHIRKAN KAEDAH PINTU???,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Memang seriau melihat bagaimana ibu-ibu hebat ini menahan kontraksi dan meneran. Proses bersalin ini boleh diibaratkan seperti patah 20 tulang serentak.
Apa-apa pun, bersalin secara normal atau pembedahan, yang penting jasa ibu tetap harus dihargai. Apa yang penting, ibu dan bayi selamat.
Foto – Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI