Susulan ‘perang mulut’ yang berlaku di antara dua rakan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida gara-gara isu penjagaan ikan Kelah dan kedalaman sesebuah kolam, akhirnya isteri kepada Aliff memberikan reaksi.
Meninggalkan komen menerusi IG TV suaminya dua hari lalu, Datin Seri Shahida yang baru sahaja pulang ke tanah air dari fardhu haji memaklumkan, tindakan yang dilakukan adalah sesuatu yang kurang bijak.
“Yang pergi selam pun x bijak,yg dok compare2 kolam rumah orang pun x bijak, yg sibuk duduk sibuk hal orang pasal kolam pun x bijak, yg komen lebih2 pun x berapa nak bijak.
“Orang lain punya kolam yg orang lain sibuk gaduh…bukan masalah besar pun,” tulisnya bersama ribuan tanda suka dari pengguna media sosial lainnya.
Menerusi IG TV yang dikongsikan Aliff, suaminya itu ada menyediakan kayu panjang sebagai bukti untuk mengukur kedalaman kolam ikannya.
Malah, Aliff turut mendakwa kolam cetek yang sebelum ini diperkatakan bukanlah kolam yang memuatkan ikan kelah yang mati baru-baru ini.
Lebih lucu, Aliff yang dilihat ‘terpaksa menunjukkan kebenaran’ sanggup terjun ke dalam kolam sedalam 12 kaki bersama salah seorang pekerjanya.
Sementara itu, awal semalam Datuk Seri Vida memuat naik sebuah lagi video terkini yang merakamkan pula suasana bilik solat dalam tamannya.
Foto: Instagram Aliff Syukri, Datuk Seri Vida