Sweet! Remy Ishak Rai Birthday Isteri Dalam Gua; “Sambut Awal Sebab Lepas Ni Suami Kerja 4 Bulan Tak Cuti.”

Share

Bakal terikat dengan komitmen kerja selama empat bulan tanpa cuti, pelakon Remy Ishak mengambil langkah meraikan lebih awal sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, usahawan Ezza Yusof.

Yang lebih manis lagi apabila aktor itu membawa isterinya bercuti ke Perak dan menjamu selera di sebuah restoran dalam gua yang menjadi tarikan pelancong di negeri tersebut.

“Percutian yang tidak dirancang ke Perak serta sambutan awal birthday dinner.

“Alhamdulillah, thank you suamiku, semoga sentiasa dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah SWT. Amin.

“Celebrate awal sebab lepas ni suami nak start kerja empat bulan tak cuti, tak mengapa demi mencari rezeki,” kongsi Ezza menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Remy turut menyerlahkan sisi romantik apabila menghadiahkan sekuntum bunga mawar buat isteri tercinta.

Terdahulu, pelakon filem Sangkar itu mengesahkan isterinya kini sedang hamil lima bulan.

Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga 21 Ogos 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar